zahid komedi buat lawak bodoh lagi...selepas tuduh ahli UMNO dan BERSIH kini giliran justo pulak di tuduh nak gulingkan kerajaan...tak payah putar alam....terus terang ajer kami rakyat memang nak gulingkan kerajaan ...so lu nak buat apa zahid..ha ha ha ..?

Pengakuan bertulis Justo tunjuk usaha terperinci guling kerajaan, kata Zahid





bukti cakap tak serupa bikin ...boleh percaya ke mangkuk ni...ha ha ha...


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, menunjukkan terdapat "usaha-usaha secara terperinci" untuk menggulingkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.

"PDRM mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand bagi melakukan tindakan-tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat di Putrajaya hari ini.

Zahid berkata semua dokumen yang menjadi sumber berita yang disiarkan dalam akhbar (The New Straits Times) adalah dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan dicatatkan dalam pengakuan bertulis Justo.

"Walaupun Justo menyatakan beliau hanya berniat untuk memperoleh sumber kewangan dan bukan melakukan tindakan selain daripada itu tetapi jelas terdapat usaha-usaha secara terperinci dilakukan oleh orang-orang yang disebutkan namanya.

The New Straits Times hari ini melaporkan bahawa ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri Justo pada 2011.

Justo dilaporkan mahu bayaran tunai berjumlah AS$2 juta bagi dokumen berkenaan mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

Namun, tawaran Nurul Izzah ditolak kerana mahu membayar dalam bentuk kontrak kerajaan sebaik pembangkang mengambil alih kuasa.

Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Bangkok atas kesalahan memeras ugut bekas majikannnya PetroSaudi International.





##



ha ha ha...bukak la banyak kertas siasatan banyak banyak...bior perabih kertas ...ha ha ha...kes lahad datu yang lu tuduh  anwar dan tian chua sebagai dalang pun tak mampu nak dapat bukti ...

kes ahli UMNO yang memberontak apa citer...sendiri suruh siasat dan dakwa sendiri yang jawab...mana buktinya...sekarang bawak lagi tuduhan palsu..kah kah kah

ini semua kerja poyo zahid kaki pukol nak jadi perdana menteri cara  pantas...

ha ha ha...cakap boleh la berjela jela...

Tak payah jual minyak la... print terus dokumen tu dalam paper. biar kita sama2 baca.

Cakap saje tak guna, jika ada bukti tangkap saje siapa yang salah, DAP, PAS, MCA, MIC, GERAKAN, rakyat tak kisah. Tapi rakyat juga nak tahu tentang 2.6B tu, mana pergi duit tu???

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI