saintis temui kubur mona lisa



Tapak ekskavasi Mona Lisa di dalam sebuah biara di Florence, Itali .

ROM – Beberapa penyelidik Itali kelmarin mengumumkan bahawa mereka menemui serpihan tulang milik wanita yang diabadikan oleh Leonardo da Vinci dalam lukisan terkenalnya, potret Mona Lisa.

Bagaimanapun, batasan teknologi semasa menyukarkan untuk mereka menyatakan seratus pera­tus bahawa tulang itu daripada mayat Mona Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Gherardini.

Wanita itu ialah isteri kepada saudagar sutera di Florentine, Francesco del Giocondo.

Potret Mona Lisa yang dikenali di Itali sebagai Gioconda, digantung di Muzium Louvre, Paris dan merupakan lukisan paling terkenal di dunia.

Ia memaparkan seorang wanita muda duduk tersenyum dengan kedua-dua tangan diletak­kan di perutnya.

Sepasukan ahli arkeologi mula mencari mayat Mona Lisa sejak tiga tahun lalu di sebuah biara di mana dia dipercayai menghabiskan sisa hidupnya.

Mereka turut membuka makam keluarga Giocondo di sebuah gereja di Florence kerana mahu membuat padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Jawatankuasa Promosi Warisan Sejarah Dan Kebudayaan Kebangsaan Itali, Silvano Vinceti berkata, dokumentasi mengenai tapak pengebumian berkenaan yang disokong ujian saintifik mendorong saintis-saintis itu untuk mempercayai bahawa mereka telah menemui mayat Mona Lisa.

“Jika anda bertanya pendapat peribadi saya, saya nyatakan kami telah menemui mayatnya (Mona Lisa),” katanya kepada sekumpulan wartawan.

Bagaimanapun, pandangan Vincenti itu diragui pakar antropologi Universiti Bologna, Giorgio Gruppioni.

Katanya, berdasarkan bukti-bukti saintifik, kebarangkalian untuk mereka menemui mayat Mona Lisa adalah tidak tinggi.

“Kami harap teknik canggih suatu hari nanti akan membolehkan kami mengekstrak dan membandingkan DNA untuk memastikan secara genetik bahawa mayat itu ialah Gherardini,” katanya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI