karavan paling lasak



KARAVAN ini mempunyai ruang khas di bahagian belakang untuk mengangkut motosikal.

SAALFELDEN, Austria – Sebuah syarikat mengeluarkan karavan yang dikatakan paling lasak di dunia selain mempunyai pelbagai kelengkapan rumah bergerak.

Diwarnakan dengan warna hijau tentera, karavan yang dikenali sebagai Action Mobil Global XRS 7200 itu mempunyai berat 18 tan dengan tayar besar seperti kenderaan untuk ke medan perang.

Karavan itu mempunyai enjin 720 kuasa kuda dan dilengkapi dengan ruang tamu seluas 2.1 meter persegi, televisyen satelit, pencuci baju dan ruang belakang khas untuk membawa motosikal.

Menurut Pengarah Urusan Action Mobil, Stephan Wirths, kenderaan yang berharga antara £365,000 (RM2.4 juta) hingga £585,000 (RM3.9 juta) itu telah dijual sebanyak 300 buah.

“Karavan mewah dengan rekaan ringkas ini mempunyai fungsi optimum untuk perjalanan jauh dan di kawasan laluan sukar, lengkap dengan suasana seperti di dalam rumah serta sangat eksklusif,” ujarnya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI