muntah ikan paus dilelong



KETULAN muntah ikan paus yang dilelong.

Paris: Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di pantai dijual pada harga £11,000 (RM73,503) dalam satu lelongan kelmarin.

Ketulan muntah ikan paus yang dikenali sebagai ambergris itu dijumpai seorang lelaki di pantai Anglesey, utara Wales pada awal tahun ini.

Ambergris boleh dijadikan bahan dalam minyak wangi itu dijual kepada seorang pembida melalui telefon.

Pemilik syarikat lelongan itu, Adam Partridge berkata, dia sangat teruja dengan lelongan berkenaan.

“Seorang lelaki datang kepada kami dan meminta untuk menjual ketulan muntah sebesar bola ragbi ini.

“Banyak benda boleh disalah anggap sebagai ambergris dan selepas dihantar untuk ujian kami dapati ketulan ini sangat berharga,” katanya.

Ambergris seberat lebih satu kilogram dan berbau busuk itu mungkin hanyut di laut selama berpuluh-puluh tahun sebelum terdampar di pantai.

Partridge memberitahu, ini adalah kali pertama di dunia Ambergris dilelong.

Ambergris dihasilkan dalam usus ikan paus sperma untuk melindungi organ itu dari benda tajam seperti paruh sotong yang dimakan haiwan itu.
Ia kemudian dikeluarkan dari usus dengan cara memuntahkan.

Ambergris digunakan dalam industri minyak wangi kerana ia menjadikan minyak wangi tahan lebih lama

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI