penangan derma dari negara arab ...skuad kesayangan najib di lanyak pak arab 10 -0...selama kerajaan umno memerintah dengan rasuah selama itulah mutu sukan bolasepak ikut ranking rasuah malaysia di mata dunia....kah kah kah



PEMAIN UAE, Ali Ahmed Mabkhout cuba dihalang Khairul Fahmi



Pemain UAE merayakan jaringan gol ketika menentang skuad najib di kelayakan peringkat asia untuk piala dunia FIFA 2018 di stadium Mohammed Bin Zayed

Abu Dhabi: Kekalahan teruk 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 malam tadi cukup memalukan buat skuad Harimau Malaya dan pengendali Dollah Salleh harus bertanggungjawab dengan keputusan itu.

Ia kali kedua skuad negara diaibkan selepas dibenam 0-6 oleh Palestin pada perlawanan kedua kelayakan Kumpulan A di Stadium Shah Alam Jun lalu.

Walaupun anak buah Dollah Salleh menyatakan semangat untuk bangkit namun hakikatnya mereka bukan tandingan pasukan di ranking ke-70 dunia itu yang berkenduri gol pada babak pertama di Stadium Mohammed Bin Zayed.

Pemain pertahanan Mohanad Salem membuka tirai jaringan pada minit ke-16 melepasi jangkauan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Detik sengsara Harimau Malaya sebenarnya bermula pada minit ke-21 apabila gawang negara dibolosi tiga gol dalam tempoh lima minit menerusi percubaan Ali Mabkhout, Ahmed Khalil (m-23) dan Habib Al Fardan (m-25).

Mendahului 4-0 belum cukup buat anak buah Mahdi Ali yang menduduki tangga ketiga Piala Asia 2015 apabila penyerang Ahmed Khalil dan Ali Mabkhout sekali lagi menemui sasaran di minit ke-29 dan 33 sebelum Mohamed Gharib (m-39) untuk menjadikan kedudukan 7-0 meskipun Dollah menggantikan Khairul Fahmi dengan Muhammad Zamir Selamat bagi mengawal gawang.

Zamir dikeluarkan dan digantikan dengan Khairulazhan Khalid di minit ke-62 namun skuad The White langsung tidak 'beri muka' kepada anak buah Dollah.
Penyerang Al Ahli Ahmed Khalil melengkapkan hatrik pada minit ke-70 disusuli hatrik peledak Al Jazira Ali Mabkhout pada minit ke-75.

Ahmed Khalil melengkapkan malam bergaya buat UAE dan malam derita buat Malaysia dengan gol ke-10 di minit ke-78.

Ini kekalahan terbesar negara dalam pusingan kelayakan dan terperosok di tangga tercorot Kumpulan A dengan hanya mengumpul satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan Timor Leste.

Selepas ini Malaysia akan berdepan Arab Saudi di Shah Alam pada Selasa depan.




##



inilah padah bila kerajaan yang memerintah mengamalkan rasuah dan pilih bulu .dulu masa tahun 70 an...masa tu rasuah belom bermaharaja lela seperti sekarang..mutu bolasepak negara sangat di bangga kan..cuba bandingkan tahun 70 an dan kini   bagai langit dengan bumi.

dulu masing masing bermain bola  demi negara dan tanpa imbuhan.pada mereka mewakili negara masa tu adalah satu kebanggaan lalu masing masing tunjuk skill untuk melayakkan diri mewakili negara .masa tu terlalu sukar untuk untuk memilih pemain mewakili negara kerana ramai yang bersemangat dan mempunyai skill yang bertaraf antarabangsa  .

tengok kini apa sudah jadi...bila kerajaan yang memerintah semakin mengamalkan rasuah dan pilih bulu.tahap ranking bolasepak negara dah ikut jejak tahap rangking rasuah negara di mata dunia.

di negara luar  sebarang   kekalahan   yang memalukan  terutamanya di peringkat antarabangsa ,jurulatih dan pengerusi persatuan bola sepak negara  berkenaan meletak jawatan  demi memikul tanggungjawab dan mejaga maruah negara tapi di negara ini...jangan harap la...orang yang sama yang memimpin sukan bolasepak ini masih mengekalkan kedudukan sehingga kini.tiada rasa kesal dan malu lansung.malah pemain  dan jurulatih yang ada masih di kekalkan ikut citarasa.

almaklumlah semua ini kerana duit .bermain di tahap pro dengan gaji yang sedia ada mwakili kelab kelab di negara ini di anggap lumayan dan tak perlu bersusah payah untuk memajukan skill sendiri ke tahap antarabangsa .cukup untuk tunjuk lagak jaguh kampungan di depan juruletih dan pengerusi  persatuan bolasepak yang asyik masyuk dengan duit yang masuk mencurah curah ke poket masing masing hasil penajaan dan sumbangan kerajaan yang tak prihatin dengan mutu sukan negara

inilah malaysia...semakin maju rasuah semakin maju mutu sukan ke ranking terendah dunia...maruah dan imej negara di mata dunia di tolak tepi ,semangat patriotik cintakan negara entah kemana tidak seperti di zaman kegimilangan allahyarham mokhtar dahari dan rakan rakan.ada mereka  berpendapatan sebagai pemain pro...tidak bukan tapi skill dan semangat mereka mengalahkan pemain pro.

dan...inilah jasa kerajaan UMNO kepada sukan negara....semakin lama umno memerintah semakin jahanam jadinya....muka seekor sekor macam di tampal kulit babi...kah kah kah


dulu pada tahun 1973  allahyarham mokhtar dahari  bermain membantu malaysia mengalahkan kuwait 3-1 di perlawanan akhir pestabola merdeka..

tapi boleh kah sejarah itu berulangkali...bolehkah kalahkan kuwait lagi..jangan mimpilah...dengan UAE pun dah kena lanyak...kah kah kah


baca...


Mokhtar Dahari


penangan derma pak arab

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI