google aktifkan domain MY untuk blogger dan blogspot dari negara ini




Google sebelum ini telah memperkenalkan penggunaan domain dengan akhiran TLD sesuatu negara bagi alamat URL sesuatu blog yang dihoskan di Blogger/Blogspot. Kini, perkara sama turut diperkenalkan untuk pengunjung di Malaysia, dimana apabila anda kini melayari sebarang blog yang dihoskan pada perkhidmatan blog Google tersebut, ia akan membawa kepada URL dengan akhiran .MY.

Google telah memperkenalkan sokongan ini sejak beberapa tahun tetapi diperkenalkan secara berperingkat untuk sesuatu negara.

Melalui pengenalan penggunaan URL dengan akhiran domain sesuatu negara, Google mengatakan mereka boleh mengawal kandungan yang dipaparkan dengan lebih baik dan bergantung kepada undang-undang sesuatu negara. Sebagai contoh, sekiranya sesuatu kandungan tidak mematuhi undang-undang di negara Malaysia, ia tidak dapat diakses pengguna tempatan.

Sebaliknya, pengguna di negara lain masih dapat mengaksesnya sekiranya ia tidak melanggar peraturan negara berkenaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI