pejuang IS bunuh jeneral polis Mesir
SEBUAH kenderaan tentera Mesiir melakukan rondaan di utara Sinai
KAHERAH – Beberapa lelaki bersenjata menembak mati seorang jeneral polis di Semenanjung Sinai, Mesir, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu serangan yang didakwa didalangi kumpulan pejuang Islamic State (IS).
Menurut kenyataan itu, penyerang yang menaiki sebuah kereta menembak Jeneral Khaled Osman ketika beliau memeriksa unit polis di ibu negeri wilayah Sinai Utara, El-Arish kelmarin.
Penyerang-penyerang itu melarikan diri selepas polis bertindak balas.
Kumpulan IS di Mesir yang menggelarkan diri mereka, Wilayah Sinai mengaku melakukan serangan tersebut dalam satu kenyataan di laman Twitter.
Pasukan keselamatan Mesir berdepan kesukaran untuk menangani pemberontakan di Semenanjung Sinai sejak pihak tentera menggulingkan Presiden Mohammed Morsi pada 2013.
Kaherah memaklumkan bahawa kumpulan-kumpulan pejuang islam itu telah membunuh beratus-ratus anggota polis dan askar Mesir dengan kebanyakan serangan dilakukan IS.
Kumpulan-kumpulan pejuang di Semenanjung Sinai memberontak bagi membalas tindakan keras pihak berkuasa ke atas para penyokong Morsi yang meragut sekurang-kurangnya 1,400 nyawa, manakala ribuan lagi dipenjarakan.
Pihak tentera melancarkan operasi besar-besaran untuk menghapuskan kumpulan pejuang itu di Sinai pada minggu lalu dan menyatakan bahawa kononnya mereka telah membunuh lebih 200 anggota kumpulan pejuang berkenan tetapi angka tersebut tidak dapat disahkan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI