malang sungguh nasih orang albino di negara afrika...guru cuba jual pelajar albino ditahan



SEORANG kanak-kanak albino didukung oleh ibunya.

BLANTYRE, Malawi – Seorang guru yang disyaki cuba menjual seorang pelajar perempuan albino pada harga AS$10,000 (RM42,400) ditahan kelmarin, kata polis ketika negara Afrika itu berusaha membasmi pembunuhan komuniti albino bagi tujuan ilmu hitam.

Guru sekolah berkenaan, Philip Ngulube berada bersama pelajar perempuan itu apabila dia ditahan polis di bandar Mzuzu, utara Malawi.

“Dia didakwa atas tuduhan melakukan pen­culikan dengan niat membunuh.

Ngulube ditahan polis semasa dia dalam perjalanan untuk menjual kanak-kanak itu kepada seorang ahli perniagaan Tanzania pada harga AS$10,000,” kata jurucakap polis, Maurice Chapola.

Menurutnya, mangsa berkemungkinan akan dibunuh bagi tujuan mendapatkan anggota badannya.

Suspek memberitahu polis bahawa pelajar ber­kenaan ialah kekasihnya.

Albino merupakan ke­adaan genetik yang disebabkan ketiadaan pigmen warna pada kulit, rambut dan mata, menyebabkan kulit dan rambut mereka berwarna putih.

Individu albino kerap menjadi mangsa pembunuhan di beberapa negara Afrika bagi mendapatkan anggota badan mereka terutamanya alat sulit dan tulang untuk digunakan dalam upacara sihir.

Nasib golongan itu di­lihat semakin teruk sejak kebelakangan ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan polis.

Satu mayat albino yang sempurna dapat dijual pada harga sekitar AS$75,000 (RM318,000), menurut pertubuhan Palang Merah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI