bergambar dengan buaya liar di bawah air...nak tempah nama atau nak tempah maut...silap silap jadi lauk gamaknya...



IMEJ mempesonakan Mancino berada dekat dengan buaya.

QUINTANA ROO, Mexico – Seorang model nekad memperjudikan nyawanya ketika merakamkan gambar bawah laut bersama seekor buaya di sini baru-baru ini.

Roberta Mancino dari Itali mengembara sejauh 48 kilometer dari pesisir pantai ke sebuah lagun di tengah kawasan terumbu karang Banco Chinchorro di Teluk Mexico dan menjadi habitat kepada lebih 700 ekor buaya bagi memenuhi impiannya berenang bersama buaya.

Rakaman yang dijalankan pada Jun lalu dan mengambil masa lima hari menyaksikan Mancino menghabiskan masa sehingga 10 jam berenang bersama reptilia berkenaan di kawasan tersebut.

Buaya-buaya di situ kelihatan selesa dengan kemunculannya, membolehkan jurugambar merakamkan beberapa imej mempesonakan Mancino berada dekat dengan haiwan pemangsa itu.

“Sudah tentu saya tidak mahu semua orang mula berenang dengan buaya selepas ini, namun saya mahu menunjukkan bahawa reptila itu bukan haiwan yang ganas,’ ujar Mancino

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI