janji jadi barua najib gerenti selamat punya...jamal pak tongkol tidak di reman seperti ahli pembangkang yang lain...double standard...!!!



Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos (tengah) berdoa di depan Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas dibebaskan daripada tahanan 1 malam.

Pembebasan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos selepas ditahan semalaman bukti 'double standard' yang diamalkan pihak berkuasa.

Ini  berikutan keputusan polis tidak menahan reman pemimpin perhimpunan baju merah itu.

Kita terkejut dengan 'double standard' yang terang-terangan dalam kes Umno atau personaliti pro Umno seperti Jamal dan pada waktu sama, tindakan keras diambil terhadap penentang kerajaan dan ahli politik pembangkang atas sebab yang sangat tidak kontroversi.

Kita turut mempersoalkan tahanan reman yang dikenakan ke atas ahli politik pembangkang, aktivis dan penentang kerajaan yang menyertai perhimpunan aman dan ucapan tidak berbahaya sedangkan Jamal hanya ditahan 1 malam walaupun didakwa terlibat mencetuskan keganasan dan mengancam rusuhan kaum.

Memberi layanan istimewa kepadanya tetapi memohon reman untuk rakyat yang menegakkan hak seperti (Datuk) Ambiga (Sreevenasan), Adam Adli (Abd Halim) dan Hishamudin Rais hanya memberi gambaran buruk terhadap pihak berkuasa.

Jika konsisten dalam amalan diguna pakai, berdasarkan keseriusan kesalahan itu, dan lain-lain hal, dia sepatutnya direman

Jamal ditahan pada Jumaat malam berhubung satu protes yang dikatakan akan diadakan semalam di Jalan Petaling.

Protes itu bagaimanapun kemudiannya dibatalkan atas nasihat polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata, Jamal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mendakwa rusuhan akan berlaku di Jalan Petaling itu.

Jamal yang harus dipenjarakan kerana mengapi-apikan sentimen perkauman, bukannya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan selama 29 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma ) 2012 kerana membuat laporan ke atas syarikat kerajaan sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khairuddin, bekas ahli Umno yang dipecat itu, seperti ramai lagi rakyat Malaysia, hanya mencari jawapan kepada skandal sekitar syarikat pelaburan negara milik Kementerian Kewangan itu.

Selepas membuat rentetan laporan polis dengan pihak berkuasa asing berhubung isu 1MDB, Khairuddin ditahan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan selepas dibebaskan 6 hari kemudian, ditangkap semula di bawah Sosma


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI