gara gara labah labah jatuh di bahu ,wanita terjun dari kereta




SEORANG ibu, Angela Kipp, 35, bertindak terjun dari sebuah kereta yang sedang dipandunya selepas seekor labah-labah terjatuh di atas bahunya, hingga mengakibatkan kereta itu merempuh sebuah bas sekolah di Utara Indiana.

Ketika kejadian, Angela yang sememangnya takut dengan labah-labah berada dalam kenderaan itu bersama anak lelakinya.

Setelah Angela terjun dari kereta itu, anaknya yang duduk di bahagian belakang kenderaan tersebut, telah melompat ke tempat duduk pemandu untuk menarik brek, namun dia telah tertekan pedal minyak.

Keadaan berkenaan menyebabkan kereta itu meluru ke depan dan merempuh bas terbabit. Nasib baik bas itu kosong.

Anak Angela dibawa ke hospital kerena mengalami kecederaan ringan di kepala.

Polis bagaimanapun memaklumkan Angela tidak akan didakwa susulan kejadian tersebut

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI