Himpunan Bersih 4.0 akan berlangsung hujung minggu ini di berpuluh lokasi seluruh dunia. Himpunan tahun ini dijangka akan dihadiri berpuluh ribu hadirin dan akan berlangsung selama dua hari.
Jika anda kerap berada di laman sosial adalah mustahil untuk melihat berita berkenaan himpunan yang mendesak pihak berkuasa supaya lebih telus dan amanah dalam menguruskan negara.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) hari ini mengumumkan pihak mereka sudah menyekat akses kepada beberapa laman yang mempromosikan,menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta ke Perhimpunan Bersih 4.0, yang didakwa boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.
Tindakan sekatan dilakukan oleh SKMM selepas mendapati laman-laman ini membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum.
Laman-laman ini juga didakwa menyebarkan propaganda yang memburuk-burukkan kerajaan. Akhir sekali sekatan terpaksa dilakukan kerana membawakan imej buruk kepada Malaysia. Senarai laman-laman yang disekat tidak pula disenaraikan oleh pihak SKMM.
##
errr....jangan lupa join BERSIH 4.0...dia bukan boleh buat ape pun...setakat jadi barua boleh la...selagi kerajaan yang ada sekarang tidak di hukum dan pemimpinnya di dakwa terhadapa pelbagai kesalahan rasuah ,penyelewengan dan penindasan terhadap rakyat...selagi itu lah rakyat wajib bangkit menyatakan kemarahan terhadap kerajaan..
perhimpunan aman pun takut...apa lagi rakyat mampu suarakan kalau semua saluran di sekat .berhimpun pun di kira salah ,bercakap dalam media massa arus perdana lansung tak boleh...ajak berdebat lansung x de teloq...jadi saluran apa lagi yang ada....?maka inilah cara...!!!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI