lompatan maut di hujung batu



AKSI lompatan balik kuang yang dilakukan Segar di hujung tebing batu Trolltunga di Odda, Norway.

ODDA, Norway – Seorang pemuda di sini sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan melakukan aksi lompatan maut di hujung batu setinggi 700 meter dari aras laut.

Toby Segar, 21, yang berasal dari Godalming, Surrey di Britain dirakam melakukan aksi lompatan balik kuang di pinggir tebing batu yang dikenali sebagai Trolltunga.

Bermaksud lidah Troll, tebing batu itu terletak mendatar dari bahagian pergunungan sebelah utara di Tasik Ringedalsvatnet di sini.

Menurut Segar, semua orang pasti takut pada ketinggian, cuma ia mengambil masa untuk belajar bagaimana mengatasi rasa gentar itu secara rasional.

“Waktu paling mendebarkan adalah ketika saya berdiri di hujung tebing batu untuk bersedia melakukan aksi ini, namun selepas bermula segala rasa takut hilang,” katanya.

Segar merupakan seorang ahli sukan ekstrem parkour yang menumpukan pada seni pergerakan tubuh badan yang semakin popular ketika ini dan telah berlatih dalam pelbagai aksi sejak 10 tahun lalu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI