serupa ajwr perangai dengan tenteranya...zalim...rumah penduduk palestine di bakar peneroka haram yahudi



SUADARA MARA duduk di disisi jenazah anak kecil berusia 18 bulan yang rentung selepas kediaman keluarganya dibakar dekat Tebing Barat kelmarin.

NABLUS, Wilayah Palestin – Seorang bayi rentung dan empat ahli keluarganya cedera selepas dua kediaman di Tebing Barat dibakar kelmarin.

Serangan kejam itu disyaki dilakukan oleh peneroka haram Yahudi.

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon melabel serangan tersebut sebagai perbuatan keganasan.

“Kami tidak akan membenarkan pengganas mengambil nyawa penduduk Palestin,” katanya.

Serangan di kampung Duma, dekat bandar Nablus itu meningkatkan lagi ketegangan antara penduduk Palestin dan peneroka haram Israel. Keganasan itu berlaku dua hari selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meluluskan pembinaan 300 kediaman baharu peneroka ha­ram Yahudi di Tebing Barat.

Menurut beberapa pegawai keselamatan Palestin, seramai empat penyerang dipercayai peneroka haram Yahudi membakar sebuah rumah di pintu masuk kampung berkenaan. Mereka turut menconteng dinding sebelum melarikan diri ke penempatan haram Yahudi berdekatan.

Tentera Israel menyatakan, dua kediaman dibakar dan seorang anak kecil serta empat anggota keluarganya maut dalam kejadian itu.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI