hampir ajal di serang jerung




Seekor jerung sedang mendekati Flanning di Teluk Jeffrey, pantai utara New South Wales, Australia pada Jumaat lalu.

QUEENSLAND – Seorang peluncur air terselamat daripada diserang oleh seekor ikan jerung putih buat kali kedua di sini selepas serangan pertama di Afrika Selatan.

Insiden itu berlaku ketika Mick Fanning meluncur di Teluk Jeffrey di pantai utara New South Wales sini yang dikenali antara kawasan berbahaya di dunia kerana ancaman ikan jerung.

Aksi Fanning, 34, menyelamatkan diri semasa diserang haiwan itu berjaya dirakam oleh kru rancangan 60 Minutes serta disaksikan ibunya sendiri yang berada di pantai.

“Keadaan ketika itu sangat mencemaskan, haiwan itu sangat kuat dan bergerak dengan begitu pantas. Saya berusaha menyelamatkan diri mengikut apa yang terdetik pada fikiran.

“Sebaik sahaja papan luncur saya tercampak, saya cuma menunggu jerung itu datang sekali lagi untuk menggigit dan bergerak sejauh mungkin,” kata Fanning yang mengakui trauma dengan kejadian berkenaan.

Katanya, dia sempat menumbuk jerung putih itu sebaik sahaja menyedari haiwan pembunuh berkenaan mendekatinya.

Fanning diselamatkan oleh beberapa petugas dengan bot penyelamat yang berada berhampiran tempat berkenaan sejurus selepas itu.

Dia yang pernah muncul beberapa kali sebagai juara luncur air dunia diserang jerung kali pertama semasa beraksi di Afrika Selatan awal bulan lalu dan kejadian di Australia adalah penampilan pertamanya selepas itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI