bahayakan pengguna jalanraya yang lain dengan pelekat ‘Zombi’ bakal di kenakan tindakan



SHANGHAI – Pemandu yang menggunakan pelekat ‘zombi’ pada cermin belakang kenderaan untuk mengejutkan mereka yang menyuluhkan lampu tinggi boleh dikenakan tindakan jika pelekat 3D yang menyeramkan itu mengakibatkan kemalangan.

Menurut polis, penggunaan pelekat berkenaan boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan undang-undang jika menyebabkan kemalangan.

Pelekat memaparkan gambar zombi dan hantu lain termasuk puntianak serta tangan berlumuran darah kini popular dan boleh diperoleh di laman web taobao.com.

Malah, pelekat menunjukkan wajah wanita berlumuran darah saja dibeli 33 orang manakala satu lagi, iaitu wanita memegang stereng yang mampu mengelirukan pemandu di belakang dijual sebanyak 244 keping.

Ia tidak boleh dilihat dalam keadaan biasa, tetapi gambar itu menjelma bila terkena cahaya lampu tinggi.

Undang-undang jalan raya China melarang penggunaan lampu tinggi di belakang kereta lain atau apabila ada kenderaan dari arah bertentangan. Ia bagaimanapun sukar dilaksanakan.

“Pelekat 3D itu sepatutnya diharamkan kerana boleh membawa kesan negatif, terterutama kepada kanak-kanak,” kata seorang pemandu Qiu Zheng

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI