sejadah yang mengingatkan jumlah rakaat yang telah dilakukan



Sembahyang itu tiang agama dan tanpa tiang kesemua struktur agama seseorang individu akan runtuh. Setiap muslim diwajibkan solat 5 waktu setiap hari bagi mengukuhkan iman dan sebagai tanda mereka akur adalah hamba kepada Allah Azza Wa Jalla.

i-Sajadah ialah sejadah pintar yang mengingatkan individu berapa rakaat solat yang telah dilakukan. Terdapat sistem LED pada tempat sujud yang menunjukkan berapa rakaat telah dilakukan. Ia mengesan jumlah rakaat yang telah dilakukan dengan meletakkan pengesan tekanan pada kawasan kaki dan tempat melabuhkan lutut.

Sekiranya pengguna terlupa jumlah rakaat yang dilakukan, mereka hanya perlu mengangkat tapak kaki kanan ketika berdiri tegak. Sekiranya terlupa ketika duduk antara dua sujud pula mereka perlu mengangkat lutut kanan. Sistem lampu LED di atas kawasan sujud akan memaparkan jumlah rakaat yang telah dilakukan.

Bagi pengguna OKU penglihatan, terdapat peranti boleh-pakai yang bergetar untuk memberitahu jumlah rakaat yang dilakukan.

Selain memberitahu jumlah rakaat, terdapat juga sistem lampu LED untuk memberitahu jumlah sujud yang telah dilakukan.i-Sajadah dibangunkan oleh pelajar Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM) dan mensasarkan golongan tua yang mudah lupa serta kanak-kanak yang baru mahu belajar solat.

Adalah menarik melihat projek pemintaran objek kini dapat membantu umat Islam untuk menyempurnakan ibadah dan bukan hanya menumpukan keperluan duniawi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI