kucing tertua di dunia sambut harijadi





SEEKOR kucing yang tinggal di Amerika Syarikat telah merangkul takhta sebagai kucing paling tua di dunia serta memecah catatan World Guinness Record selepas menyambut ulang tahun yang ke-26 pada 1 Ogos lalu.

Kucing yang diberi nama Corduroy tinggal bersama pemiliknya, Ashley Reed Okura di Sisters, Oregon, pernah dinobatkan sebagai kucing tertua pernah hidup pada tahun 2014.

Bagaimanapun rekod tersebut tiba-tiba dirampas oleh Tiffany Two, seekor kucing yang berjaya dikesan sebagai lebih tua usia daripadanya.

Namun, Tiffany Two yang mati baru-baru ini pada usia 27 tahun 2 bulan 20 hari telah mengembalikan semula takhta itu kepada Corduroy.

Menurut sumber, Corduroy telah hidup sejak kecil bersama pemiliknya, Ashley masih berusia 7 tahun.

“Ia sangat menakjubkan apabila saya mengambil Corduroy di tepi jalan semasa berumur 7 tahun dan dia masih lagi hidup bersama saya,” kata Ashley.

Walaubagaimanapun, kucing paling tua pernah hidup adalah Creme Puff yang mati pada tahun 2005 ketika berusia 38 tahun 3 hari.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI