penganjur Bersih 4 hanya pentingkan diri atau KPN memang seorang barua...? bertukarnya pemimpin maka KPN menjadi lalang bukan berkhidmat kepada orang ramai...!!!



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan penganjur Bersih 4 hanya mementingkan diri kerana sanggup mengadakan demonstrasi yang akan menjejaskan kehidupan harian orang ramai terutama peniaga dan pemandu teksi.

Beliau berkata nama Bersih hanyalah sekadar gelaran namun hakikatnya penganjur tidak mahu mematuhi undang-undang.

"Mereka minta 'clean' (bersih) itu, 'clean' ini tetapi diri sendiri kotor tidak mahu mematuhi undang-undang. Dia tidak mahu menjaga kepentingan orang lain, dia nak jaga hak dia saja, sesuka hati berhimpun.

"Cuba kita tengok, bila mereka mengadakan perhimpunan semua tutup kedai. Mereka (peniaga) ini tidak ada hak ke. Jadi, fikirkanlah juga hak orang lain," katanya mengulas cadangan penganjuran demonstrasi Bersih 4.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching dan Kota Kinabalu pada bulan ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan dan pentauliahan Kor Suksis Insitutut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-11 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Khalid berkata, pihaknya juga mendapati penganjuran Bersih tidak lagi untuk memperjuangkan pilihan raya bersih namun lebih menjurus untuk menjatuhkan kerajaan.

"Ini saya bagi ingatan ... jika ini tujuan mereka (jatuhkan kerajaan), polis akan ambil tindakan pencegahan dan saya ingatkan penganjur Bersih agar berhati-hati," katanya.

Berhubung pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa terdapat gerakan untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi seorang tokoh Umno dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang, Khalid berkata polis sedang memantau perkembangan yang berlaku ketika ini.

"Jika mana-mana orang dan parti politik cuba menurunkan kerajaan sedia tanpa mengikut Perlembagaan dan undang-undang (ia kesalahan serius), kita akan ambil tindakan," katanya.






##



rasanya pdrm kena daftar sebagai parti politik dan bergabung dengan  BN...tak payah berselindung di sebalik uniform dan slogan mesra cepat dan betul...tapi berpura pura berkhidmat dan membela rakyat..

bertukar pemimpin dan kekalnya parti memerintah KPN menjadi lalang...bila tanya dia seorang barua...marah pulak...tapi hakikat begitulah..




bukti polis jadi agen provokasi untuk mencemarkan imej BERSIH...( dalam bulatan )

BERSIH 4.0 ...demo yang di buat oleh BERSIH dah lama dah...tak der isu besar melibatkan keselamatan dan kerugian kepada orang ramai dan pekedai...hanya provokasi dari pihak pdrm yang memburukkan suasana.

takutkan hilang jawatan dan hilang periuk nasi tergamak jadi barua...orang seperti tidak mempunyai integriti di mata masyarakat.

mesra...mesra dengan pemimpin UMNO

cepat....bab pembangkang buat salah sikit yang tak jelas sekali
            pun laju ajer mangkuk niee bertindak..di layan mcm
            binatana pun ada

betul....memang betul...jadi barua pemimpin parti yang
            memerintah


pencuri vip pun tak der telor pun nak tangkap ...pandai pulak nak cakap orang lain...pergi mampo la lu pengampu...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI