polis wajar siasat salahguna kuasa najib daripada jadi barua yang kerja tradisi buru peserta BERSIH...!!!



Polis di nasihatkan lebih mengambil berat mengenai tuduhan salah guna kuasa oleh Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan menyingkirkan mereka yang hendak mengambil tindakan terhadapnya daripada memburu mereka yang menyertai demonstrasi.

Polis harus menyiasat hal yang lebih penting, seperti pengakuan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan yang perdana menteri bertindak mengelak pertuduhan jenayah terhadapnya.

Ini satu pengakuan yang amat signifikan dalam siri siasatan terhadap skandal dana yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri, selain dapat menjawab persoalan draf pertuduhan terhadap beliau yang kononnya dikatakan palsu sebelum ini.

Ini mengulas  kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terdahulu hari ini yang mengatakan beliau tidak perlu bertemu dengan penganjur Bersih 4 yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini bagi menuntut reformasi pilihan raya dan peletakan jawatan perdana menteri.

Khalid  di ingatkan supaya bertindak bijak dan membaca 'mood' orang ramai dengan tepat.

Salah langkah pihak polis, sepertimana yang boleh dilihat dalam 3 perhimpunan lalu, hanya akan menyemarakkan semangat orang ramai untuk ikut serta dalam perhimpunan kali ini.

Ugutan dan tindakan hanya akan menambah rasa menyampah orang ramai terhadap pentadbiran Najib.

Bersih 2.0 menulis surat kepada Khalid, memaklumkan tentang Bersih 4 serta kesediaan pihaknya mengadakan pertemuan dan perbincangan.

Namun, beliau  dengan sombong dan bongkak  hanya mengutus ketua polis Daerah Dang Wangi untuk bertemu dan bermesra dengan penganjur BERSIH 4.0.

Justeru, adalah tidak adil bagi Khalid untuk membuat pelbagai andaian tanpa terlebih dahulu bertemu dan berbincang dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Niat dan tujuan perhimpunan Bersih 4 dilaporkan oleh media dan kenyataan tersebut  boleh dibaca di Internet.

Khalid juga hari ini mengatakan, polis sedang memantau rapi Bersih 2.0 kerana kumpulan itu kini menyimpang dari tujuan asal menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, sebaliknya mereka kini berusaha menjatuhkan kerajaan melalui cara yang menyalahi undang-undang.

Beliau juga berkata, notis yang diserahkan kumpulan itu kepada polis mengenai perhimpunan tersebut "tidak lengkap", sambil menambah mereka sepatutnya mengadakannya di Stadium Bukit Jalil, bukan di Dataran Merdeka.

Khalid setakat ini tidak bertemu pemimpin Bersih yang hanya membincangkan perhimpunan itu dengan polis Dang Wangi.

Merujuk kepada temu bual Rahman dengan The Star kelmarin, yang mengatakan Najib perlu "mengeluarkan orang" apabila sehelai draf kertas pertuduhan terhadapnya dikatakan diterbitkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Ini menunjukkan Najib berpotensi terlibat dalam salah guna kuasa, dan menggesa Khalid menyiasat kenyataan Rahman itu.

Draf kertas pertuduhan itu menggesa tindakan dikenakan ke atas Najib atas kesalahan rasuah berkaitan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd yang kini di bawah Kementerian Kewangan.

Najib merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.





##


masalahnya polis juga buta mata ikut pemimpin sebab makan gaji.
dan beliau kenalah berhenti posting kat Twitter dan mula siasatkan bosnya  yang buat kerja  mencuri tu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI