hilang projek dan jadi muflis adakah 25 ahli Parlimen BN berani singkir Najib...?



kalau ada penjilat najis seperti ini..jangan mimpilah...hilang projek dan jadi muflis...jangan harap la...

Pihak pembangkang cuma memerlukan hanya 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu.

Kita percaya jumlah itu boleh dicapai memandangkan  ada segekintir  ahli Parlimen BN juga sebenarnya bersama sentimen rakyat yang bosan dengan suasana politik dan ekonomi negara namun itu sekadar andaian sahaja jika memikir yang majoriti mereka ini terikat dengan  habuan  projek dan khuatir jadi muflis jika tidak dapat kelansungan hidup  dari najib.

Walaupun kita  masih menaruh harapan jika  ada 25 ahli Parlimen BN yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar perdana menteri.

Kita percaya ahli Parlimen BN itu akan berdepan pelbagai cubaan seandainya mereka bersetuju menyingkirkan Najib.

3 syarat terhadap 25 ahli Parlimen BN yang  mana akan menyokong usul undi tidak percaya itu.

Pertama, kerajaan peralihan ditubuhkan dengan mandat selama 2 hingga 3 tahun bagi memulihkan demokrasi dan institusi utama negara.

Kedua reformasi terhadap sistem dan amalan pilihan raya agar Pilihan Raya Umum ke-14 dapat diadakan secara bebas, adil dan telus.

Ketiga, satu agenda reformasi yang jelas mengenai ekonomi rakyat, termasuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan, keluhuran undang-undang, kebebasan media dan perkara lain dipersetujui secara bersama.

Sementara itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin mencadangkan pembangkang menukar perdana menteri tanpa menggulingkan BN jika mahu Najib disingkirkan.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI