demonstrasi jalanan bukan cara terbaik zahir tidak puas hati... habis tu ajak berdebat pun tak de telor ...!!
8:15 PTG
agenda rakyat
,
bacul
,
barua najib
,
barua UMNO
,
pembodek tegar
,
politik
,
politik bangsat
,
politik kotor
Edit
seekor lagi spesis barua yang bacul
Demonstrasi jalanan bukan cara terbaik menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan sebaliknya perbincangan menerusi forum dan dialog dilihat lebih tertib dan berfokus.
Perkara itu disuarakan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar, ) yang menyifatkan “suara jalanan” lebih mendatangkan keburukan kepada negara sedangkan ada cara lain yang lebih baik untuk menzahirkan hasrat itu.
Beliau berkata pihak yang terlibat dengan demonstrasi jalanan itu berkemungkinan mempunyai objektif tersendiri namun tindakan sedemikian dilihat lebih menjurus kepada penzahiran emosi semata-mata.
Justeru katanya, Mapim serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain bersetuju menganjurkan “Kongres Rakyat: Membina Negara Sejahtera” iaitu sebuah forum bagi membincangkan sebarang isu semasa dan permasalahan negara dari sudut pandangan serta luahan hati rakyat.
"Kongres Rakyat pada 12 September ini adalah sebagai platform untuk rakyat bersidang secara berkesan dalam melontarkan pandangan atau luahan berkaitan apa-apa isu atau polemik meliputi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Dengan cara ini, kita dapat elakkan berlakunya tindakan secara jalanan kerana forum atau dialog dilihat lebih serius dalam menyampaikan kemahuan rakyat berbanding dengan turun ke jalanan," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Azmi berkata hasil perbincangan dan kata sepakat rakyat dalam forum itu akan disampaikan kepada menteri berkaitan melalui memorandum supaya ia dapat diambil tindakan sewajarnya.
"Kita juga akan sentiasa buat 'susulan' mengenai memorandum yang akan kita hantar supaya ada tindakan diambil kerana apa yang kita sampaikan adalah daripada rakyat dan untuk rakyat serta demi kesejahteraan negara," katanya.
Sehubungan itu, Azmi berkata mana-mana NGO atau individu yang ingin menyertai kongres berkenaan boleh menghantar penyertaan menerusi emel kongresrakyat2015@gmail.com sebelum 5 September ini. – Bernama,
##
kalau nak bincang dalam dialog dan forum...baik x payah x der hasilnya ...hanya orang yang tak de teloq atau teloq nya di picit demi projek dan habuan tertentu ajer tergamak jadi penjilat dan pembacul.
tengok ajer la..reaksi najib di ajak berdebat...ada pernah najib berdebat dengan pembangkang...ada..tiada...so saranan penjilat otak tong kosong ini x payah di layan...bior dia syok sendiri...kita nak tengok berapa kerat barua yang ikut dengannya.
dalam pru pun menipu....saluran media arus perdana di kawal...penyalahguna akta hasutan di media sosial...apa lagi yang kita harap untuk menunjukkan penentangan keras terhadap kezaliman najib dan umno melainkan kita tunjukkan kepadanya perasaan amarah kita sebagai rakyat dan minta beliau turun dan akur kehendak rakyat dengan mengadakan pru yang bersih dari sebarang penipuan dan juga menghentikan penindasan terhadap rakyat dari merompak harta rakyat ,merosakkan kehidupan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos hidup dan pelbagai bentuk penyelewengan lagi yang menjejas ekonomi negara..
## tangkap najib di kenderaan persendirian pun boleh di dakwa atas akta hasutan...jadi apalagi cara yang boleh rakyat suarakan ketidakpuashati mereka kepada pemerintahan najib...polis dan mahkamah pun dah jadi barua..inilah caranya..perhimpunan aman seperti di negara negara lain yang mengamalkan demokrasi tulin.kecuali provokasi dari barua barua parti pemerintah yang mencemarkan suasana.tak kan dengan tindak tanduk barua barua ini..kita majoriti rakyat nak tunduk kepada kehendak mereka.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI