dasar ular dua kepala ...PAS Selangor ‘puji’ AJK Pemuda letak jawatan kerana sokong GHB...letak jawatan ke tidak...ahli PAS majoritinya dah menyampah gelagat mabuk pil kuda macam nih...!!!



mat said yang tongong pun cerdik....kali ikut telunjuk umno...kah kah kah


Tindakan 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam meletakkan jawatan hari ini wajar 'dipuji' kerana mereka lebih berani berbanding ahli lain yang menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) namun masih berselindung di sebalik jawatan parti, kata Mohd Khairuddin Othman.

Setiausaha PAS Selangor itu berkata, pihaknya menghormati pendirian itu kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian.

"Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka. Dengan sebab itu, kita ucapkan syabas.

"Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama GHB tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS," katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu berkata, tindakan itu tidak menjejaskan pentadbiran PAS Selangor mahu pun peringkat lain.

Katanya, pihaknya akan mengarahkan Dewan Pemuda PAS Selangor mengisi kekosongan yang ada menurut ketetapan perlembagaan parti.

Khairuddin berkata, PAS Selangor mengesahkan setakat ini hanya 2 Adun mereka di negeri itu yang mengisytiharkan diri bersama GHB, dan menyerahkan nasib mereka kepada PAS Pusat.

"Semua 13 Adun PAS menyatakan taat setia kepada PAS dan kepimpinan PAS yang ada.

"Nasihat kita kepada ahli adalah agar terus beristiqamah bersama PAS yang menjadi parti Islam terbesar di Malaysia.

"Apatah lagi kini GHB lebih dilihat sebagai jurucakap kepada DAP," katanya.

Terdahulu hari ini pada satu sidang media, 13 AJK tersebut mengumumkan peletakan jawatan mereka susulan parti Islam itu kini dilihat lebih eksklusif  dengan UMNO  selepas pemilihan pada muktamar tahunan Jun lalu.

Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan, Abbas Salimmi Adzmi, berkata peletakan jawatan mereka bermula kelmarin lagi  dan menjangkakan lebih ramai lagi akan mengambil tindakan sama.

"Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.

"Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi kita beranggapan akan berlaku lagi peletakan jawatan atau mungkin pembubaran Pemuda PAS Cawangan di sekitar Shah Alam," katanya.

Katanya, antara sebab peletakan jawatan mereka adalah kerana kerjasama di peringkat kawasan di kalangan Pemuda negeri semakin longgar




##



Dah mula takut dah!!!! Sekarang bergantung banyak kepada 13 Adun PAS selangor yang kononnya taat setia. Tunggulah tak lama lagi.


Pelik sungguh bila membaca kenyataan pemimpin PAS Seloangor mengatakan 'GHB lebih dilihat sebagai jurucakap kepada DAP....' Apa masaalahnya GHB jadi jurucakap kepada DAP ?

PAS jadi jurucakap UMNO Baru yang dibenci oleh sebahagian besar rakyat Malaysia tak apa ?

Nak kata bodoh, perwakilan PAS pilih dia jadi pemimpin, nak kata pandai.... cakap merapu macam orang telan pil kuda.

Nampak gaya kredibiliti pemimpin yang baru dipilih oleh perwakilan lebih teruk dari yang tersingkir.

Senyap saja tuan presiden, sebelum muktamar kata macam2 pada mereka yg menegur cara kepimpinannya, cara HH 2x5 dgn Najib, patutlah dia bagi amaran kepada MP pas supaya tak sokong undi tak percaya pada Najib.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI