tak percaya kepada najib bermakna tak percaya kepada allah....tak percaya kepada menteri nih maknanya tak percaya kepada setan kecil bernama Ismail Sabri Yaakob kot..kah kah kah...!!!

Menteri cadang buka Low Yat 2 untuk peniaga Melayu



Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan pembukaan Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut yang mengkhususkan kepada peniaga Melayu.

Menteri kemajuan luar bandar itu berkata, pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.

"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan Mara, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar ibu negara.

Mengikut pelan yang dicadangkan Ismail, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.

"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya," katanya .

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini".

Pengumuman cadangan Low Yat 2 itu dibuat Ismail selepas melakukan lawatan ringkas di bangunan Mara.

Bulan lalu, tercetus pergaduhan di Plaza Lowyat sehingga pihak polis terpaksa mengawal ketat bangunan di Jalan Bukit Bintang itu






##



Kenapa terjadi pencurian oleh anak muda di Low Yat 1 (rasanya gelaran beginilah keinginan Ismail Sabri Yaakob, biarlah pun tak apa)? Kerana masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi anak muda, Melayu ataupun bukan Melayu. Buat Low Yat 2 di bangunan MARA khusus untuk peniaga Melayu menguntungkan siapa?

Pasti bukan anak muda Melayu lebih-lebih yang terdesak dan sanggup mencuri. Pegawai korup, politikus UMNO, dan kroni merekalah nanti berpeluang menapis kebocoran kontrak dan mengaut keuntungan perniagaan di Low Yat 2 itu.

Mendiang Low Yat mestilah geli hati....ada Menteri UMNO cadang guna namanya ..... untuk membuka gedong ekektronik hanya untuk kaum Melayu saja...LOW YAT 2....dan akan ditubuh di bangunan MARA....adoi....perut sakit bila baca cadangan ini !

Pakai nama Low Yat ade bayar loyati ker ? pakai lah nama Jib Ros . Sekadar memancing undi takkan berjaya dlm business.

Janganlah hendaknya sampai tapak perniagaan Low Yat 2 tergadai pulak lagi kepada pendatang asing sebab diAli Babakan. Bukan satu Malaysia tidak tahu perangai peniaga Melayu di kawasan Chow Kit. Ha ha ha.........

Tengoklah kedai kedai di Bukit Bintang. Orang Arab yang jual handphone dan pakaian. Kalau orang Melayu yang jual kan bagus. Jangan jangan kedai kedai Low Yat 2 pun dipenuhi orang Arab

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI