radar belakang untuk elak penunggang basikal di langgal dari belakang





Menunggang basikal ialah hobi yang amat baik untuk kesihatan dan semakin popular di negara maju. Malang sekali ia turut membawa pelbagai risiko kerana perangai pemandu Malaysia yang sangat berbudi bahasa. Beberapa penunggang basikal negara telah kembali bertemu ilahi selepas digilis dari belakang ketika berlatih.

Penyelesaian kepada masalah ini ialah menggunakan motosikal pengiring bagi memastikan insiden sebegini tidak berlaku lagi. Tetapi sekiranya anda mahu berbasikal seorang diri anda tidak mampu untuk menggaji motosikal pengiring. Apakah yang boleh anda lakukan bagi memastikan keselamatan ketika menunggang?

Sistem radar belakang Garmin Varia mungkin alat yang mungkin boleh anda miliki. Sistem radar ini mengesan bahagian belakang basikal sehingga jarak 140 meter. Apabila kenderaan dikesan paparan LCD yang dipasang pada pemegang akan berkelip. Kadar kelipan bergantung kepada kelajuan kenderaan menghampiri anda. Pada waktu yang sama lampu LED yang dipasang pada bahagian belakang basikal akan berkelip dengan pantas bagi memastikan basikal anda dilihat oleh pemandu kenderaan yang menghampiri anda.

Sistem radar Garmin Varia ini akan dijual pada suku ketiga 2015 pada harga $299.99 (RM 1137) . Ajal maut memang diangan tuhan tetapi jika anda dapat mengurangkan risiko digilis dari belakang, radar buatan Garmin ini boleh melakukannya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI