pemandangan menakjubkan kolam semulajadi di pulau gunung berapi



KOLAM semulajadi To Sua Ocean Trench yang terletak di Pulau Samoa menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung.

UPOLU, Samoa – Sebuah kolam semula jadi yang terbentuk di pulau gunung berapi di sini menjadi tumpuan para pelancong kerana keindahan yang begitu menakjubkan.

Kolam To Sua Ocean Trench dengan kedalaman 30 meter yang terletak di perkampungan Lotofaga, selatan pantai Pulau Upolu itu terhasil akibat kejadian tanah runtuh semasa letusan gunung berapi di pulau tersebut.

Pengunjung kini boleh turun ke dalam kolam menggunakan tangga yang disediakan atau memilih untuk duduk di atas pelantar yang terletak berdekatan paras air bagi mereka yang kurang berani.

Kolam tersebut turut dikelilingi landskap hijau dengan air yang jernih, ikan tropika dan pasir yang bersih. Satu terusan dibina dari kolam itu ke Laut Pasifik Selatan agar kolam tersebut tidak akan kering.

“Kami berkunjung ke kolam itu pada Mei lalu dan sangat menyukainya. Kawasan itu cantik dan airnya hangat dan bersih. Seolah-olah berkunjung ke syurga dunia,” ujar seorang pengguna internet, Andrea R di laman web perlancongan, TripAdvisor.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI