MALAYSIA telah mendapat pengesahan penarafan kredit asing jangka panjang pada ‘A-‘ dengan prospek yang lebih stabil oleh Standard & Poor’s (S&P).
Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, ia sekaligus membuktikan bahawa usaha kerajaan dalam memastikan asas makroekonomi yang baik dan komitmennya memperkukuhkan kewangan awam membuahkan hasil.
Sebelum ini, Fitch turut mengesahkan penarafan keingkaran pengeluar mata wang asing jangka panjang pada tahap ‘A-‘ dan menukar taraf propek daripada ‘negatif’ kepada ‘stabil’.
“S&P mengiktiraf pengurusan ekonomi yang pragmatik dan komitmen teguh kerajaan kepada pembaharuan fiskal, terutama rasionalisasi subsidi bahan api serta mempelbagaikan pendapatan melalui cukai barang dan perkhidmatan,” ujar Mohd Irwan seperti disiarkan Bernama.
Ujar beliau lanjut, penarafan yang dibuat adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya kedudukan luaran Malaysia yang kukuh dan fleksibiliti monetari yang membantu menyerap kejutan ekonomi.
“Pasaran modal yang lebih murah mengurangkan pergantungan kepada pinjaman luar dan pelaksanaan langkah fiskal yang tegas oleh kerajaan turut menyokong penarafan berkenaan.”
Selain itu, menurutnya lagi, S&P turut menyatakan keyakinan terhadap dasar Malaysia yang responsif dan berkesan. Lantas, S&P percaya isu seperti 1MDB tidak menjadi penghalang kepada kerajaan meneruskan pembaharuan ekonomi dan fiskal
##
masih nak memuji melambung sampai dapat gred A lagi...lawak lawak....urus tadbir hutang negara taraf G - tapi si banggang ni bagi gred A...macam telur busuk sampai ke usus di beri taraf telor gred A...macai bodoh ajer yang kuat melantak....kah kah kah
stabil kepala hotak lu....negara dah nak bangkrap...masih kata stabil...teloq najib memang stabil untuk bangkrapkan negara...itu yang wa faham...banyak sangat pengampu berbayar...tak habis habis puji...macam najib memerintah nie bagus sangat...
meh sini wa jelaskan...ni kenyatan resmi bank negara hutang negara sekarang ialah 700.1 bilion ringgit ini sama dengan 65.2 % pendapatan negara
apa makna nya?
maknanya negara kita dalam bahaya
bagaimana bahaya?
contonhnya senang
kita dapat gaji 1 ringgit
kita berbelanja 1.65 sen
yang 65 sen itu kita pinjam dari along
bukan kan ini bahaya?
ini yang sedang berlaku
justeru kita tak ada pilihan
melaiankan kerajaan najib rosmah
ditendang dan tubuhkan kerajaan baru
hutang 700 bilion ringgit ini
pasti ada kena bunga
berapa bunga kita kena bayar?
Walhal negara kita negara pengeluar minyak. Barang makanan. Product berbagai. Balak hasil bumi yang melimpah ruah.
Namun sebab 47% rakyat Malaysia masih BODOH maka berterusan kita semua ditipu oleh BN.
Membiarkan KETIRISAN berlarutan.
Mengamalkan RASUAH besar besaran atas nama komisyen.
Suap kepada KRONY seperti IPP dan konsesi TOL dan GLC GLC.
Makanya aliran wang kita mengalir keluar upama air.
Biarlah... tak mungkin negara kita BANKRUP kan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI