andainya bukan serpihan MH370....?



Ketika ini dunia bertumpu kepada sebuah pulau kecik di Lautan Hindi yakni la Reunion yang sebelum ini hampir tidak dikenali.

Ini berikutan penemuan satu serpihan kapal terbang yang mungkin ada kaitan dengan penerbangan MH370 yang hilang secara misteri sejak 2014.

Setakat ini, yang hampir pasti serpihan itu memang daripada kapal terbang, cuma tidak dapat dipastikan sama ada memang sah untuk Boeing dan kapal dalam penerbangan MH370.

Pasukan pakar Malaysia daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Paris malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di La Reunion.





Dijangkakan dua hari diperlukan untuk mengesahkan sama ada kod BB670 yang ditemui pada serpihan berkenaan sebagai milik pesawat MH370.

Antara perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah, andai ia memang serpihan kapal terbang tetapi bukan dari MH370, maka ia milik kapal terbang mana?

Dalam tempoh dua dekad ini, telah berlaku beberapa kemalangan udara di sekitar kawasan Reunion.

Dua yang melibatkan kapal terbang bersaiz besar berhampiran perairan Comoros ialah Yemenia Airways IY626 yang terhempas pada tahun 2009 yang mengorbankan semua penumpang kecuali seorang remaja wanita.

Namun ia adalah kapal keluaran Airbus (Airbus 310).

Kedua yang mungkin ialah Ethopian Airlines ET961 yang merupakan dari jenis Boeing 767 yang dirampas dan terhempas di kawasan berkenaan pada tahun 1996.

Ia berlaku akibat kapal terbang berkenaan kehabisan bahan bakar.

Serpihan dari dua kapal terbang ini adalah kemungkinan yang paling hampir kepada serpihan yang ditemui semalam andai ia bukan dari MH370 yang terdiri daripada pesawat jenis Boeing 777

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI