‘Jeles’ dengan gaji nepal RM5 Ribu nie...tapi rakyat kita...?

BARU-baru ini ‘riuh’ jadinya laman sosial apabila gambar slip gaji bulanan seorang pekerja asing yang menerima lebih RM5,000 sebulan tersebar menjadi viral dan mengejutkan ramai.

Hal itu membuatkan ramai  yang  mengadu nasib kononnya majikan di Malaysia lebih mementingkan pekerja asing berbanding pekerja tempatan.

Sebenarnya, jika difikir-fikirkan setiap perkara yang berlaku ada sebab mengapa jadi begitu.

Senang cakap, kualiti kerja dan sikap yang ditonjolkan oleh pekerja asing sememangnya tip-top hingga melayakkan mereka dipandang tinggi oleh majikan berbanding ‘orang kita’.

Hendak tahu lebih tepat, anda baca kenyataan yang dimuat naik seorang usahawan Hafiz Mansor menerusi laman Facebook yang mengulas mengapa pekerja asing ini memang layak dapat RM 5,000 sebulan.





“Kau jeles ke tengok gaji Nepal RM 5K sebulan? Kau nak buat OT (overtime) 2 jam pun mengeluh. Kena balik lambat pun mengeluh. Kena tegur majikan pun mencarut. Tak pegang hp (handphone) setiap sejam rasa nak meninggal,” tulisnya.


Menurut Hafiz, pengorbanan yang dilakukan oleh pekerja asing demi mencari sesuap nasi tidak mungkin boleh dilakukan oleh rakyat tempatan dalam usaha memajukan diri.

“Kau sanggup ke ikat perut setiap hari tak makan sedap-sedap? Kau sanggup ke tinggal anak bini jauh-jauh? Kau sanggup ke tinggal himpit-himpit 15 orang dalam satu rumah? Kau sanggup ke tidur 3 jam sehari? Kau sanggup ke kerja panas berpeluh-peluh? Kau sanggup ke berhijrah untuk lebih maju?” ujarnya lagi.

Tidak dinafikan, niat kebanyakan pekerja asing yang datang ke sini adalah untuk menyara kehidupan keluarga di kampung halaman mereka. Boleh dikatakan, itulah juga antara penyebab pekerja asing lebih ikhlas dan bersungguh dalam melakukan kerjanya jika hendak dibandingkan dengan ‘orang kita’ yang alahai… lihat sahaja lambakan graduan yang masih menganggur gara-gara memilih kerja, gaji dan ada juga yang tidak sanggup berjauhan dengan ibu bapa.

Ayat terakhir Hafiz menerusi status itu yang berbunyi, “Kalau kau tak sanggup SUSAH

SEMENTARA, jangan salahkan bangla, nepal, indon yang lebih kaya dari kau. Dia usaha dan dia layak dapat dengan apa yang dia korbankan. Kau berani?”

Kenyataan padas dan paling tepat buat insan-insan yang suka mengomel. Akhir kata, usaha itu tangga kejayaan bagi orang benar-benar layak

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI