IS balas serangan puak syiah...100 terbunuh di pagi Syawal



PENDUDUK melihat kesan letupan bom kereta yang dilakukan oleh militan IS di pekan Khan Bani Saad, Baghdad kelmarin.

BAGHDAD – Lebih 100 orang terbunuh dalam serangan pengebom berani mati di sebuah pasar yang sibuk di pekan Khan Bani Saad kelmarin, antara serangan paling teruk dilancarkan pejuang  Islamic State (IS) sejak mereka menguasai sebahagian besar negara ini.

Letupan tersebut turut menyebabkan beberapa bangunan roboh di pekan yang terletak kira-kira 30 kilometer di timur laut Baghdad itu, menimbus orang ramai yang sedang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata polis dan pasukan perubatan.

IS yang menguasai sebahagian besar bahagian utara dan barat Iraq mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di wilayah Diyala tersebut. Ia turut memaklumkan sasaran mereka ialah golongan ‘penentang’ iaitu gelaran kumpulan itu bagi pengikut fahaman Syiah.

Penduduk setempat yang marah bertindak memecah tingkap kereta sekitar pasar berkenaan selepas serangan tersebut. Anggota badan mangsa tercampak jauh sehingga ke atas bumbung bangunan berhampiran berikutan letupan yang kuat, kata polis.

“Ada yang menggunakan kotak-kotak sayur untuk mengutip cebisan badan kanak-kanak,” kata pegawai polis, Ahmed al-Tamimi yang menggambarkan suasana kerosakan pasar tersebut sebagai ‘sangat dahsyat.’

Sementara itu, seorang anggota di ibu pejabat polis Diyala memaklumkan, pasukan penyelamat masih mengumpul mayat di bawah runtuhan bangunan dan jumlah kematian mungkin akan meningkat.

Kerajaan wilayah Diyala mengumumkan berkabung tiga hari dan mengarahkan semua taman serta pusat hiburan ditutup sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan serangan susulan.

IS melalui satu kenyataan di Twitter menyatakan serangan itu bagi membalas kekejaman puak syiah ke atas pembunuhan umat Islam Sunnah di pekan Hawija di utara Iraq dan pengebom kereta berani mati terba­bit membawa tiga tan bahan letupan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI