Asteroid bernilai RM20 trilion hampiri Bumi




ILUSTRASI artis menunjukkan gambaran sebuah asteroid melintas berdekatan dengan atmosfera Bumi.

KEPULAUAN CANARY, Sepanyol – Sebuah asteroid dengan anggaran nilai £3.5 trilion (RM20.78 trilion) akan melintas berhampiran Bumi hari ini dan boleh disaksikan secara langsung melalui internet sekitar pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

Dikenali sebagai Asteroid 2011 UW-158, ketulan batu angkasa itu menarik perhatian syarikat perlombongan Planetary Resources kerana dipercayai mengandungi 100 juta tan logam platinum yang syarikat itu berharap dapat memanfaatkan suatu hari kelak.

Asteroid itu akan melintas pada jarak 2.4 juta kilometer dari Bumi hari ini. Walaupun saiznya kurang satu kilometer lebar, kandungan platinum di bahagian teras menjadikannya sangat berharga.

Sebuah pertubuhan dikenali sebagai Slooh yang menghubungkan beberapa teleskop ke internet untuk kegunaan orang awam akan memaparkan imej secara langsung di laman web mereka bersama sesi perbincangan mengenai nilai asteroid itu kepada pelombong di angkasa lepas.

“Ianya sentiasa menyeronokkan apabila sebuah asteroid melintasi dunia kita, jadi teles­kop Sloosh akan memerhati secara langsung Asteroid 2011 UW-158 pada kedudukan 30 kali ganda lebih dekat berbanding planet terhampir dengan Bumi pada 19 Julai 2015.

“Apa yang membuatkan kali ini luar biasa ialah sejumlah besar platinum yang dipercayai terkandung di teras pengunjung angkasa lepas ini. Mungkin ia dapat di lombong suatu hari kelak,” kata ahli astronomi Sloosh, Bob Berman.

Planetary Resources telah melancarkan sebuah kende­raan melombong asteroid pada Khamis lalu dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi memulakan misi 90 hari yang melibatkan ujian perisian dan sistem kawalannya.

Syarikat itu berharap suatu hari kelak dapat menghantar probe dikenali sebagai Arkyd 3 Reflight itu ke angkasa lepas bagi melombong asteroid yang kaya dengan mineral berharga


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI