Putrajaya akan ambil tindakan terhadap Sarawak Report, kata menteri
sekarang kantoi mencuri duit rakyat melalui 1 mdb...3 akaun kamu membuktikan kerja jijik kamu dan kamu di timpa haramjadah.....mana sumpah laknat kamu .!!!
Putrajaya terlalu beri muka kepada blog pendedah maklumat, Sarawak Report atas nama kebebasan media sehingga menjejaskan imej negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Anifah berkata, Sarawak Report sebelum ini beberapa kali membuat laporan memburukkan negara namun Putrajaya tidak mengambil sebarang tindakan kerana percaya pada demokrasi dan kebebasan bersuara.
"Kita mengamalkan demokrasi, ada juga pihak yang dakwa kita tiada kebebasan untuk bersuara.
"Kita lihat mereka (Sarawak Report) sudah banyak beri laporan yang sedemikian, tapi kita masih tidak mengambil tindakan terhadap mereka.
"Sebab kamu (rakyat) semua mahukan kebebasan bersuara, kebebasan media dan kami cuba untuk memahami itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Putrajaya, kelmarin
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Putrajaya pada mulanya enggan mengambil tindakan kerana bimbang mendapat reaksi negatif rakyat.
"Namun kini tidak boleh berdiam diri. Kerana ia melibatkan kepentingan negara,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Putrajaya mengambil tindakan saman terhadap laman sesawang yang berpusat di London itu.
"Rakyat mempercayai mereka, ia perlu melibatkan 2 pihak. Sebab untuk mengambil tindakan ke atas mereka seperti mengharamkan mereka atau apa juga, nanti rakyat akan kata kami cuba sekat semua itu.
"Tetapi bila ia melibatkan kepentingan negara, tindakan akan diambil mengikut apa yang perlu dan boleh diterima," katanya.
Sarawak Report sebelum ini lantang mendedahkan beberapa laporan melibatkan dakwaan skandal pemimpin negara termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan harta kekayaan bekas ketua menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Ditanya keputusan mesyuarat Kabinet mengenai kedudukan Datuk Seri Najib Razak, Anifah berkata, biar perdana menteri yang menjelaskannya.
##
Sarawak Report hanya menolong pihak berkuasa Malaysia dengan memberi maklumat tentang segala penyelewengan yang berlaku di negara kami. Sepatutnya Sarawak Post mesti dihargai kerana sedang cuba menyelamatkan rakyat Malaysia dan mereka bukan memburukan imej negara. Pada halnya meraka sedang membetulkan imej kami yang kian menjadi teruk hari demi hari.
Malah sanggup berkongsi maklumat sah yang menunjukkan betapa buruk dan busuknya apa yang berlaku dalam Malaysia.
Tiada ombak jika tiada angin. Macam mane nak bocor jika tiadanya rahsia? X nak org tau jgn buat. Dah buat x payah nah takut orangg bongkar sebab ini isu peyelewengan yang menjejas kehidupan rakyat..
Satu dunia tau najib dan rosmah perompak besar selain dar mahathir dan taib mahmud....dan sekarang ini buktinya...saman lah kalau berani...kita nak tunggu banjingan banjingan ini naik ke mahkamah...panggil sekali barua pecacai kab 51 dan guni 4 tahil...
Nak ambil tindakan buat apa kalau infonya betul dan bukannya fitnah. Isu di sini bukan sekadar kebebasan bersuara tapi dalam islam pun tak berdosa
Kalau tak bersalah apa nak takut ...jangan lah sampai mengugut ...nampak sangat nipunya...hanya pesalah ajer yang kecut teloq dan sering gabra tak tentu pasal ajer yang suka mengugut tapi habuk pun tarak...!!!
di negara ini...dedah salah laku menteri dan kroni di kira perbuatan jenayah bila mana kerajaan mengugut akan mengambil tindakan terhadap pendedah maklumat penyelewengan ...!!!
12:47 PTG
perompak rakyat
,
politik
,
politik kotor
,
rosmah penyanggak
,
skandal 1 mdb
,
skandal najib
,
skandal rosmah
,
SR
,
ugut
,
WSJ
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI