barua terus buat kerja...tweet ‘Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan’ akan di siasat .....wa mau tanya siapa yang mengancam ketenteraman awam...pendemo atau pencuri duit rakyat 1 MDB..?.!!!
1:26 PTG
barua UMNO
,
demo
,
KTN
,
letak jawatan
,
perompak rakyat
,
politik
,
politik kotor
,
siasat
,
skandal najib
Edit
BERIKUTAN tersebarnya pesanan di laman mikro Twitter yang meramalkan satu demonstrasi besar-besaran akan berlaku sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memegang jawatan ketua kerajaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kenyataan tersebut.
Menerusi akaun rasmi beliau di laman sosial sama, Khalid menulis, “PRIRC @PDRMsia sila siasat originator message ini yang merupakan satu Ugutan, Hasutan dan mengancam ketenteraman Awam.”
PCIRC @PDRMsia sila siasat originator message ini yg merupakan satu Ugutan, Hasutan dan mengancam ketenteraman Awam. pic.twitter.com/yhwrMLpSRG
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 8, 2015
Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan ugutan bertulis ‘Demo besar jika Najib tak letak jawatan’ dalam kemas kini status tersebut.
Menerusi gambar yang dimuat naik itu, ia memaparkan individu yang juga Ahli Parlimen Seremban dari DAP, iaitu Anthony Loke.
Dalam pada itu, Anthony menerusi Sinar TV semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menolak kemungkinan akan berlaku perhimpunan besar-besaran sekiranya Najib tidak meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya berehat sementara siasatan terhadap penyelewengan dana 1MDB disiasat.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI