cara jijik bagaimana kroni kroni UMNO merompak wang rakyat....taktik terlebih bayar hartanah di Australia....!!!




Majlis Amanah Rakyat (Mara)  di dakwa terlebih bayar sebanyak RM18 juta dalam pembelian hartanah ketiga di Melbourne.

Ini bermakna badan itu setakat ini terlebih bayar sekurang-kurangnya RM66 juta bagi pembelian hartanah di Australia.

Mara Inc membayar A$22 juta hanya beberapa bulan selepas pembeli yang tidak dinamakan membeli hartanah di 51 Queen Street itu, pada harga A$16.65 juta.

 Ia melibatkan perbezaan harga RM18 juta, selain RM14 juta yang Mara didakwa juga terlebih bayar dalam pembelian The Dudley House, dan hampir RM30 juta untuk hartanah di 333 Exhibition Street.

Bukti yang diberikan setakat ini menunjukkan terdapat satu modus operandi yang sistematik, dan kita yakin ada unsur jenayah pecah amanah di sini.

Akhbar Australia The Age sebelum ini mendakwa perbezaan harga dalam pembelian Dudley itu diambil sebagai wang sogokan oleh beberapa pegawai kanan Mara.

Pembelian hartanah Queen Street itu melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House dan Exhibition Street, iaitu harga yang dibayar Mara Inc jauh lebih tinggi daripada harga pasaran,.

Menurut dokumen dikeluarkan dana hartanah Quintessential Equity, bangunan di 51, Queen Street itu dibeli Quintessential Group of Companies (QGC) sekitar 2010 pada harga A$8.2 juta.

Bangunan tersebut dilaporkan dinaiktaraf oleh QGC dan dalam tempoh 3 tahun, ia dijual pada harga A$16.65 juta kepada pihak yang tidak dinamakan.

Kemudian dalam bulan Mac 2013, Mara Inc membeli bangunan itu dari pihak yang tidak dinamakan tersebut pada harga A$22 juta atau RM70.4 juta.

Pembelian ini adalah A$5.35 juta atau RM18 juta lebih mahal dari harga yang dibeli dari QGC,

Seperti dalam kes Exhibition Street, pembeli yang tidak diketahui membeli hartanah itu daripada Quintessential Equity pada penghujung 2012 sebelum menjualnya kepada Mara Inc dalam masa kurang 5 bulan dan mendapat untung RM30 juta.

Siapakah yang memiliki 51 Queen Street sebelum Mara Inc membelinya dengan harga RM18 juta lebih mahal daripada harga pasaran?.

Rakyat berhak mengetahui ke manakah perginya RM66.2 juta wang amanah rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan bumiputera melalui bantuan pendidikan dan perniagaan kecil

Kedua-dua hartanah 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street dibeli menggunakan syarikat "berlapis" di 3 negara.

Walaupun namanya berbeza, kedua-dua pembelian mempunyai rangkaian transaksi yang sama - pembelian dibuat melalui sebuah syarikat di Labuan yang kemudiannya melalui sebuah syarikat di Singapura dan kemudiannya, melalui syarikat di Australia.

Semua syarikat itu dimiliki Mara Inc.

Dua lagi pembelian, untuk The Dudley dan 746 Swanston Street, dibuat melalui sebuah syarikat luar pesisir ditubuhkan di British Virgin Islands


Gejala rasuah yang berleluasa  ini  dilihat sinonim kerana dana negara dan agensi pelaburan didominasi ahli politik UMNO dan kroninya.

Skandal MARA Inc dilihat ada kaitan dengan beberapa pemimpin UMNO.UMNO mendominasi MARA melalui pelantikan enam orang dari ahli majlis MARA dari kalangan anggota parti itu.

Antaranya MARA Inc, mempunyai empat pengarah, dengan dua daripada mereka adalah ahli UMNO yang aktif.

Malah broker perjanjian Dudley House, terkenal meminati ‘Porsche’, Erwan Azizi, mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Pengarah Syarikat Biosis Bhd, sebuah syarikat dipengerusikan Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.

Seolah-olah terancang, Erwan juga adalah anak kepada Dato ‘Azizi Yom Ahmad, pemaju bersama Dudley House tersebut.

Jelas dengan ini, seperti agensi kerajaan lain, MARA didominasi dan dikawal ahli politik dan kroni.

Tidak ada ketelusan dan akauntabiliti dalam proses membuat keputusan seperti MARA, sedangkan sebuah agensi adalah penjaga amanah berbilion duit rakyat Malaysia.

Justeru, MARA yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen perlu mengembalikan akauntabiliti dan ketelusannya kepada Parlimen.

Ahli Majlis MARA mestilah diseimbangkan ahli-ahli politik dari kerajaan dan pembangkang, penjawat awam dan profesional non-partisan.

Jika tidak skandal akan terus membelenggu kerajaan,

Skandal rasuah terbaru melibatkan MARA itu didedahkan portal berita Australia, The Age.

Dalam laporannya, MARA Inc, anak syarikat MARA didakwa membeli bangunan di Australia pada harga jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran bagi mengaut keuntungan di kalangan pegawai dan pemaju tempatan





##




macam biasalah bila perompak dan penyamun terkantoi....seeekor  kambing  hitam  bakal di cari...siapa agaknya.....kes altanyuya  ada 2 ekor ,1 MDB dah dapat seekor....kini kes MARA...nampaknya ada ura ura seekor atau beberapa ekor kambing hitam akan di cipta oleh najib dan kroni...kita tunggu dan lihat..!!!

di mana  macai  mencibai... najib ,rosmah dan kroni UMNO maksum dari segala kejahatan....kah kah kah

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI