wanita berjanggut kini sudah berkahwin






UNIK.. wanita ini memiliki janggut sama seperti seorang lelaki.

Harnaam Kaur, menghidap sindrom ovari polisistik yang menyebabkan ketidakseimbangan pada hormonnya.

Selepas bertahun-tahun mencuba pelbagai kaedah untuk menyingkirkan segala bulu di wajah, Harnaam akhirnya reda dan mula menerima kelebihan yang dimilikinya.

Harnaam pernah menjadi sensasi Internet satu masa dahulu sebagai aktivis yang memperjuangkan anti-buli di blog dan vlog hingga mendapat perhatian ramai.

Kini wanita berasal dari Slough, England itu mula menerima diri seadanya dan berhenti mencederakan diri serta bangga dengan ‘cela’ yang ada, malah kini sudah mendirikan rumah tangga.

Harnaam membuktikan bahawa walaupun berjanggut, dia masih boleh menampilkan sisi feminin dan ciri kewanitaan dalam dirinya.

Gambar kahwinnya mendapat perhatian kerana menginspirasikan ramai orang, tambahan pula dia bukanlah satu-satunya wanita yang berjanggut.

Sebelum ini juga ada kes wanita berjanggut yang mendapat perhatian umum.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI