kereta di gilis kereta kebal








BERLIN - Seorang remaja yang sedang belajar memandu kereta di bandar Lippe, Jerman nyaris maut setelah kenderaan yang digunakan untuk latihan dilanggar dan hampir digilis sebuah kereta kebal milik tentera Britain.

Pemandu kereta kebal itu yang berusia 24 tahun juga gagal mengemudi jenteranya sehingga merempuh kereta kecil tersebut melalui bahagian hadapan kenderaan yang dipandu remaja wanita berumur 18 tahun berkenaan.

Akhbar tempatan pada Selasa menyiarkan foto dramatis yang dikeluarkan oleh pihak polis Lippe, menunjukkan sisi kiri dan roda depan kereta lama Toyota itu hancur kemek ekoran digilis kereta kebal seberat 62 tan tersebut.

Akibat kemalangan itu, pemilik kereta berkenaan kerugian kira-kira 8,500 pound sterling (RM47,900), manakala pihak insurans mungkin enggan membayar pampasan kerana tidak dilindungi rempuhan jentera berat tentera.

Kereta kebal latihan jenis Challenger 2 itu dikeluarkan oleh Vickers Defense System yang kini dikenal dengan nama BAE System Land & Armaments; sebuah syarikat pengilangan kenderaan ketenteraan ternama di Britain.

Jentera perang bernilai 4.2 juta pound sterling (kira-kira RM23.7 juta) itu turut digunakan Tentera Darat Diraja Oman; dan sebanyak 446 buah kereta kebal tersebut dikeluarkan sejak 1993 sebelum dihentikan pada 2002 lalu.

Ini merupakan kes kedua melibakan kemalangan kereta kebal di Jerman selepas awal tahun ini, sebuah kereta kebal tentera darat Britain merempuh taman di sebuah rumah di bandar Paderborn, tidak jauh dari Dortmund.

Jentera perang tersebut dipercayai menghentam halaman depan rumah tersebut ekoran salah satu bolt di roda berantai kenderaan berkenaan secara tiba-tiba terlerai dan mengakibatkan kereta kebal itu gagal dikawal.

Kenderaan yang menghancurkan laman kediaman itu merupakan milik sebuah sekolah latihan kereta kebal di bawah batalion tentera darat Britain terletak di Paderborn, wilayah utara Jerman.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI