barua ini kata tiada usul bawa PAS keluar dari pakatan rakyat....sembang lebat lu punya taiko...hudud najib tak layan sikalang telor sulah goyang ka...kah kah kah...!!!






hebattt...sembang banyak lebat....arrrr....akhirnya sendili punya teloq  sulah goyang....kah kah kah


PAS tidak akan keluar Pakatan Rakyat (PR) selepas muktamar 6 Jun ini kerana tiada perwakilan yang membawa usul itu, termasuk ucapan dasar presiden, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha agung PAS itu berkata kenyataan itu sekaligus terbentuknya satu keputusan dan menamatkan spekulasi mengatakan parti Islam itu akan keluar da‎ripada PR.

"Muktamar itu sendiri dari segi prosesnya tidak mungkin akan mengambil keputusan keluar PR sebab tidak ada usul yang kita terima meminta PAS keluar daripada PR.

 "Tidak ada yang menyebut PAS keluar dari PR dan tidak ada ruang menyebut bahawa PR akan pecah dengan apa yang berlaku pada muktamar ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur,.

Mengulas proses pemilihan muktamar, Mustafa berkat pejabatnya tidak menerima sebarang aduan yang melibatkan salah laku calon atau pemimpin daripada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.

Katanya, walaupun banyak khabar angin di media sosial, beliau memberi jaminan tiada pemimpin PAS berpendirian parti Islam itu perlu keluar daripada PR.

"Kenyataan mengatakan muktamar pemutus PR akan hidup atau mati itu tidak betul.

"Juga, kenyataan tentang kumpulan dalam PAS yang disebut ada pro-PR atau anti-PR, itu tidak betul.

"Tidak ada satu orang pun pimpinan tinggi PAS yang berpendirian nak keluarkan PAS daripada PR," katanya.

Ditanya sama ada perkara itu masih boleh dibawa melalui usul tergempar, beliau enggan mengulas lanjut tetapi menegaskan ia belum cukup untuk mendorong PAS membuat keputusan keluar PR.

Beliau juga menolak andaian Majlis Syura Ulama bermesyuarat untuk memutuskan hubungan dengan PR.

Walaupun mengakui “ada masalah” dengan DAP, katanya tidak mudah PAS meruntuhkan apa yang dibinanya sendiri melalui politik.

Beliau juga mengakui masih ada nilai sentimental apabila mengimbas sejarah awal gabungan itu dengan PKR dan DAP.

"Saya tidak fikir PKR mahu PR ini berpecah dan saya tidak fikir PKR nak memisahkan dirinya daripada PAS," katanya.

Sementara itu, Pengarah Muktamar PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, muktamar kali ini melibatkan 192 kawasan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, melibatkan kira-kira 1,195 perwakilan.







##





Tiada usul keluar pakatan ,tapi hakikatnya perbuatan tidak menghalalkan cara yang PAS terbukti mmungkiri janji2 yang telah dimaterai bersama PKR ,DAP,PAS, ape maana ini ???

Jadi rakyat yang menyokong PAS bersama ahli2 PAS perlu menanggong diatas perbuatan pemimpin2 yang mempunyai agenda sendiri tanpa memikirkan kedudukan kepercayaan terhadap PAS terkini ,Nampaknya laluan sukar untuk PAS untuk meneruskan perjuangan ISLAM ..


Sokong  ajerlah   kalau ada usul keluar pakatan, selama ni pun hadi  tolol /MSU batu penghalang ke Putrajaya, akui je lah hadi pun gila nak jadi PM juga, hahaha dah 2 negeri terlepas..layak ke hadi ni?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI