Asus Zenfone Selfie

Asus memperlihatkan peranti terkini mereka Asus Zenfone Selfie. Dari nama ini anda pasti boleh meneka ia sebuah peranti yang direka khas untuk peminat selfie. Ia mempunyai skrin 5.5″ IPS LCD FHD dan pemproses Qualcomm Snapdragon 615.

Kemampuan optik pula ialah kamera depan dan belakang 13 Megapixel. Sokongan flash berganda juga wujud pada bahagian depan serta belakang. Teknologi pemfokusan laser juga turut disokong pada peranti ini. Rekaan mengingatkan kami kepada Zenfone 2 dan terdapat lima pilihan warna.

Paling menarik ialah aksesori Zenfone Selfie Swing yang merupakan kayu selfie terbina yang boleh disimpan pada tubuh Zenfone Selfie Swig.

Maklumat penuh spesifikasi, harga dan bilakah akan dijual bakal menyusul selepas ini.







About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI