virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dikesan di China dan Korea Selatan




SEBUAH kamera terma menunjukkan suhu badan penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Incheon, Korea Selatan pada 21 Mei lalu.


BEIJING – Pihak berkuasa China sedang mencari 13 orang yang berhubung dengan individu pertama memasuki negara berkenaan dengan membawa virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), kata beberapa pegawai.

Mereka berkata, sejumlah 64 orang telah dikuarantin.

“Seramai 11 orang dan seorang lelaki berumur 44 tahun dari Korea Selatan yang dijangkiti virus itu merupakan antara 13 individu yang dicari. Mereka bersama-sama menaiki sebuah bas,” kata beberapa pegawai di wilayah Guangdong, selatan China.

Lelaki itu berlepas ke Hong Kong dari Seoul pada Selasa lalu dan menuju ke bandar Huizhou, Guangdong dengan menaiki sebuah bas. Dia tidak mengendahkan nasihat doktor supaya berada di rumah, lapor akhbar China Daily semalam.

“Lelaki itu dikuarantin, manakala fungsi badannya stabil dan denyutan jantung serta tekanan darahnya didapati normal,” tambah akhbar berkenaan.

Tiada seorang pun yang dikuarantin menunjukkan tanda-tanda jatuh sakit, kata Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Guangdong dalam satu kenyataan dalam talian kelmarin.

“Kami masih perlu mendapatkan 13 orang berkenaan termasuk 11 penumpang bas,” kata kenyataan sama yang disiarkan di laman sosial Sina Weibo.

MERS menyebabkan pelbagai simptom termasuk sakit sendi, demam selesema, pneumonia dan kegagalan ginjal.

Penyakit itu dianggap lebih berisiko membawa maut tetapi kurang berjangkit berbanding Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh beratus-ratus orang apabila wabak itu muncul di Asia pada 2003.

Sementara tu, Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye memarahi pegawai-pegawai kesihatannya kelmarin  kerana gagal bertindak balas sewajarnya bagi menangani wabak MERS selepas bilangan jangkitan meningkat kepada 18 orang dengan hampir 700 orang kini di bawah pemerhatian.

Tiada kematian sejak kes pertama MERS dilaporkan di Korea Selatan pada 20 Mei lalu tetapi kemunculan virus maut itu mencetuskan ketakutan kepada orang ramai.

Wabak MERS kali ini didapati berpunca daripada seorang lelaki berusia 68 tahun yang dijangkiti virus itu selepas kembali ke Korea Selatan dari Arab Saudi.

Lebih 20 negara pernah dijangkiti virus MERS dengan kes terbanyak dicatat di Arab Saudi di mana lebih 400 nyawa melayang sejak 2012.

Sehingga kini, tiada ubat atau vaksin yang diketahui dapat mengubati penyakit itu.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI