tertinggal abu mayat dslam teksi



agaknya bekas ni kot yang tetinggal dalam teksi tu...!!!


Dundee (Scotland): Seorang lelaki yang tertinggal abu mayat bapanya di dalam sebuah teksi meminta orang ramai yang menjumpainya memulangkannya.

James Rice, 23, mengambil abu mayat itu daripada ibu saudaranya yang baru pulang dari London tiga minggu lalu untuk ditanam di sini.

Dia tertinggal abu berkenaan dalam teksi selepas minum seharian bersama keluarganya di sebuah pub.

“Apabila menyedarinya, saya rasa amat kecewa. Saya betul-betul terlupa sebaik keluar daripada teksi.

“Saya hanya menyedarinya apabila bangun keesokan pagi. Saya kini terdesak untuk mendapatkannya kembali. Abu itu berada dalam empat bekas,” katanya.

Menurut James, keluarganya berhasrat menanam abu mayat bapanya, Brian Rice, dalam kubur neneknya.

“Saya langsung tidak teringat mengenai abu itu. Saya amat berterima kasih jika ada orang yang menyerahkannya semula kepada saya,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI