pejuang IS tawan sebahagian kota bersejarah Syria
DAMSYIK – Kumpulan pejuang Islamic State (IS) kelmarin menawan bahagian utara kota bersejarah Syria, Palmyra.
Pejuang IS menawan utara Palmyra yang menyamai sepertiga daripada keseluruhan kota bersejarah itu.Tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melarikan diri dari kawasan itu.
Tinggalan bangunan yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO termasuk kuil-kuil kuno pula berada di tenggara Palmyra.
Televisyen Syria melaporkan tentera rejim menyerang IS di utara Palmyra bagi menghalang kemaraan mereka.
Ini merupakan kali kedua IS menguasai utara Palmyra selepas mereka menawan kawasan sama pada Sabtu lalu tetapi hanya dapat bertahan kurang daripada 24 jam sebelum diusir oleh tentera Bashar
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI