beruang matahari akhir mati tak mahu makan



Beruang matahari dikuarantin pakar hidupan liar SFC bulan lalu.

Kuching: Beruang matahari yang fizikalnya agak pelik sehingga menarik perhatian ramai selepas ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Bintangor, penghujung Januari lalu, mati ketika dalam pemuliharaan di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini, lewat petang Isnin lalu.

Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan haiwan liar itu mati akibat barah.

Menurutnya, beruang matahari itu yang dalam proses rawatan pemulihan mengalami sakit teruk lebih seminggu lalu dan dalam tempoh itu, ia tidak mahu makan serta sering muntah.

“Berikutan keadaan kesihatannya membimbangkan, usaha dilakukan petugas pusat hidupan liar itu untuk menyelamatkannya dengan memberi makanan cecair secara intravena (IV) dan makanan melalui gastrik (perut) tiub.

“Malangnya, haiwan itu mati akibat kanser peringkat akhir dengan metastasis dalam limpa dan organ-organ berhampiran serta berlaku halangan di dalam perut oleh ketumbuhan,” katanya.




terdahulu...


beruang matahari buat gempar lagi di sarawak

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI