pura pura mati untuk pikat gadis
MARYLAND – Seorang remaja lelaki, Elijah Williams, 16, mempunyai cara tersendiri untuk memikat teman wanitanya, Marie Kasten.
Memandangkan Kasten merupakan anak seorang anggota polis, Williams telah menggunakan kaedah melibatkan kerja-kerja polis iaitu dengan memasang pita pelekat polis dan berpura-pura mati.
“Aku sanggup mati untuk keluar dengan kau,” demikian ayat yang ditulis dengan kapur di atas jalan sambil dia terbaring bergelimpangan di situ.
Ayat itu berjaya menyentuh perasaan Kasten yang akan bertukar sekolah selepas bapanya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis di Vermont.
Idea tersebut dicetuskan oleh kakak Kasten iaitu Alexes, 20, yang mencadangkan pernggunaan tema polis.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI