bior betol......selamba ajer melayari internet selepas bersalin di kafe siber





SEORANG wanita berusia 24 tahun dilaporkan melahirkan bayi dalam kandungannya berseorangan di tandas sebuah kafe siber pada jam 4 pagi, sebelum kembali ke depan komputer untuk melayari Internet seolah-olah tiada apa berlaku.
Kejadian berlaku di Nanchang yang terletak di wilayah Jiangxi, China.
Seorang tukang cuci yang terlihat Xiao Li, 24 sedang memangku bayi yang masih berlumuran darah dengan tali pusat belum dipotong, kemudiannya segera menelefon ambulan.
Li dikatakan berada di kafe siber seorang diri sebelum bersalin kerana tidak mampu untuk menyewa hotel selepas wangnya dicuri ketika menaiki bas sebelum itu.
Dia tidak mempunyai rumah untuk dituju selepas lari dari rumah keluarga seterusnya berpisah dengan teman lelaki yang merupakan bapa kepada bayi dalam kandungannya.
Menurut tukang cuci terbabit, Li bersikap selamba seolah-olah tiada apa berlaku selepas bersalin sedangkan tandas hampir tersumbat dipenuhi darahnya.
Li yang kelihatan menggigil kemudiannya berjalan keluar dari tandas sambil mengendong bayinya menuju ke kerusi lalu duduk dan melayari Internet dalam keadaan diri berlumuran darah, membuatkan pelanggan dan kaki tangan kafe siber terkejut.
Ibu muda itu turut menolak ketika dipelawa untuk dibersihkan darah padanya malah ketika bantuan tiba, Li memilih untuk berjalan ke ambulan tanpa diangkat dengan pengusung.
Pihak hospital dikatakan menanggung kos perubatan Li yang tidak mempunyai wang langsung dan masa depannya kini tergantung pada keluarga dan bekas teman lelaki yang didakwa Li, akan mengunjunginya di hospital.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI