duit KWAP di gadai kepala perompak 1 MDB.....pelaburan strategik kononnya yang menjahanamkan taraf berpencen kakitangan awam...!!!



Putrajaya hari ini mengesahkan, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mempunyai sejumlah RM1.4 bilion pelaburan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui anak-anak syarikatnya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah itu adalah pelaburan KWAP dalam anak-anak syarikat 1MDB seperti Bandar Malaysia Sdn Bhd, 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment Limited, dan Jimah Energy Ventures Bhd setakat 31 Mac 2015.

"Bagi kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) pula, pelaburan dan pegangan KWAP di dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya setakat 31 Mac 2015 adalah berjumlah RM1.4 bilion," kata jawapan bertulis tersebut.

Jawapan bertulis berkenaan dikeluarkan untuk menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang bertanyakan kepada Kementerian Kewangan untuk menyatakan secara terperinci pelaburan dan pegangan (ekuiti, bon, pinjaman, dan lain-lain) oleh KWSP dan KWAP di dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya, termasuk bekas anak syarikat iaitu SRC International Sdn Bhd) setakat 31 Mac 2015.
Sementara itu, bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kementerian kewangan berkata, ianya melanggan bon terbitan 1MDB pada 2009.

"KWSP melanggan bon terbitan 1MDB yang berjumlah RM200 juta pada tahun 2009 dan ia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia," kata jawapan bertulis tersebut.

Selain itu, KWSP turut mempunyai pendedahan pelaburan terhadap anak-anak syarikat 1MDB iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd yang berjumlah RM1.52 bilion.

"Penglibatan pelaburan KWSP di dalam anak-anak syarikat tersebut berlaku pada tahun 2003 (PPSB) dan 2005 (JEV), iaitu sebelum pengambil alihan oleh 1MDB ke atas PPSB dan JEV, masing-masing pada tahun 2012 dan 2014," kata jawapan berkenaan.

KWAP, kumpulan dana pencen terbesar negara dikritik hebat susulan berita ia merancang membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM2,300 sekaki persegi.
TRX dimiliki oleh 1MDB.

Rafizi semalam mendedahkan dakwaan Kabinet dalam mesyuaratnya minggu lalu mendedahkan menteri kewangan kedua membentangkan senarai perjanjian ditandatangani antara 1MDB bagi membangunkan TRX termasuk oleh KWAP.

Rafizi mendakwa, dokumen itu menunjukkan 1MDB dan KWAP bercadang membangunkan ibu pejabat baharu di atas kawasan seluas 900,000 kaki persegi dengan KWAP sebagai pemilik dan 1MDB Real Estate akan menjadi penyelia projek.





##




macam mak bapak najib dan rosmah punya...habis duit di laburkan dalam syarikat yang kelabu asap...nasib kakitangan awam yang berpencen semakin kabur...apatah lagi syarikan 1 malaysia di bodohkan mengalami kerugian rm 42 biliion...

ingat berjudi duit kakitangan awam boleh  mimpikan  keuntungan atas angin berbilion bilion...macam gosok lampu ajaib  di pundek rosmah...

akhirnya masuk angin keluar asap... modal lesap untung kelabu asap...yang kenyang hasil perjudian nih najib rosmah dan kroni...haramjadah....!!!


sepatutnya apa  apa tindakan yang melibatkan kepentingan rakyat wajar di bahaskankan di parlimen akan keperluan berbuat begitu...ini tidak...macam kompeni mak bapak  dia punya...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI