layan pelanggan macam cibai...nando's perlu disiplinkan pekerjanya






SEMUA tahu, dalam apa-apa urusan berkaitan perkhidmatan, pelanggan menjadi keutamaan kerana urus niaga yang dibuat merupakan sumber kewangan.

Malah, ayat ‘customer is always right’ acapkali disebut bagi menggambarkan kepentingan layanan terhadap pelanggan.

Namun, ada segelintir pekerja gagal menunjukkan imej bersih ketika berhadapan dengan kerenah pelanggan, lantas memburukkan nama syarikat yang diwakilinya.

Dalam kes terkini, seorang pekerja restoran francais terkenal Nandos’s di IOI City Mall, Putrajaya dilaporkan bertindak biadab apabila menggunakan bahasa kasar hanya kerana pelanggannya meminta bahagian ayam berlainan!

Ramai pihak mengutuk sikap kurang ajar pelayan tersebut yang dilihat gagal mengawal amarahnya dalam berhadapan isu remeh.

Dalam lampiran sekeping resit , jelas tertulis perkataan ‘cibai’ yang merujuk kepada pelanggan berkenaan.

Menurut sumber, kejadian bermula setelah seorang pelanggan meminta untuk menukar bahagian ayam namun permintaannya ditolak pelayan bernama Shaqir atas alasan pelanggan sedang ramai.

Si pelanggan kemudiannya membuat permintaan sama kepada pengurus restoran, lantas si pelayan terpaksa akur dan memberi bahagian peha ayam yang diminta.

Mungkin bengang dengan tindakan pelanggan tersebut, pelayan itu meletakkan perkataan ‘cibai’ bagi merujuk kepada pelanggan berkenaan pada resitnya.

Seharusnya, sebagai seorang pelayan, empunya diri perlu sedar akan cabaran yang dihadapinya dalam melayan karenah pelanggan yang datang dari latar belakang berbeza.

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain…

Walaupun isu ini nampak remeh, namun pihak Nando’s harus membuka mata dan mengambil inisiatif bagi mengelak keadaan sama berulang.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI