kaki buli mohon maaf selepas 20 tahun



ChadMichael Morrisette terharu dan telah memaafkan pembulinya itu.

SETIAP orang pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya dan apa yang penting adalah kesedaran selepas melakukannya.

Itulah yang berlaku kepada Louie Amundson yang terimbau kenangan pahit lama apabila anaknya bertanyakan sama ada dia pernah membuli atau tidak.

Louie terpaksa membuat pengakuan itu sekali gus menyedarkan dia bahawa tindakannya ketika zaman belajar di sekolah dahulu sama sekali satu benda yang tidak patut berlaku.

Akibat rasa serba salah, Louie tanpa rasa malu terus meminta maaf melalui facebook kepada mangsanya dulu, ChadMichael Morrisette.

ChadMichael yang merupakan seorang pereka visual dan perunding jenama di Hollywood memberitahu sumber, dia dan beberapa individu lain sering dibuli oleh satu pasukan bola sepak ketika itu.

Dia juga menyatakan sangat terkejut dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Louie walaupun selepas 20 tahun mereka tinggalkan zaman itu.

Antara kandungan mesej perbualan mereka adalah, Louie sanggup berhadapan dengan ChadMichael untuk meminta maaf jika mereka tinggal di negeri yang sama.

ChadMichael yang terharu dengan tindakan Louie telah menerima maafnya dan memberi sokongan kepada keberanian Louie memberitahu anaknya kebenaran.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI