giler telur sampai mencuri telur....akhir kantoi .rumah penuh telur






INILAH yang dikatakan, ‘Harapkan pegar, pegar makan padi’.

Aktiviti mencuri seorang pengawal keselamatan akhirnya terbongkar apabila dia ditahan ketika sedang menyelinap keluar sambil membawa dua beg penuh dengan telur dari kilang makanan tempat dia bekerja di Pinghua City, China.

Semuanya gara-gara kegilaan melampaunya terhadap telur.

Lebih mengejutkan, hasil siasatan polis menemukan lebih 1,000 biji telur dalam peti sejuk di rumahnya.

Menurut seorang polis, telur-telur itu disusun rapi mengikut tarikh tamat tempoh.

Suspek yang dikenali sebagai Gu mengakui sudah beratus kali mencuri telur di kilang tersebut.

“Saya amat menyukai telur. Tidak terkira berapa banyak kali saya telah curi.. mungkin beratus kali,” kata Gu kepada pihak polis.

Sementara itu, jurucakap kilang berkenaan mengaku terkejut dan tidak menyangka perbuatan yang dilakukan oleh Gu itu.

“Kami amat terkejut seperti mereka yang lain kerana ia dilakukan oleh pengawal keselamatan.

“Kami fikirkan dia seorang pekerja yang rajin dan lebih gemar bertugas pada waktu malam kerana tidak mempunyai keluarga.

“Sekarang kami tahu dia berbuat demikian supaya dia boleh mencuri tanpa dikesan sesiapa,” katanya.

Selain itu, pihak polis turut menemui daging, sabun, tisu dan pencuci pakaian yang juga dipercayai barang curi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI