awas...bagaimana cara penjenayah mencuri kenderaaan menggunakan key programmer






MEMANG betul-betul mengejutkan. Satu video yang mendedahkan teknik mencuri kenderaan jenis Honda Civic telah memberikan tamparan buat pengguna-pengguna model tersebut di Malaysia.

Menurut maklumat, penjenayah yang berjaya diberkas itu telah diminta melakukan ‘demo’ cara dia mencuri sesebuah kereta dengan menggunakan alatan tersebut.

Alat berbentuk seakan ‘multimeter’ itu dinamakan CI PROG 300 key programmer dan acapkali digunakan si penjenayah dalam kegiatannya.

Ia berfungsi sebagai pemecah kod kunci elektronik atau dikenali sebagai ‘reset immobilizer code tool’.

Secara ringkasnya, alatan tersebut akan meneutralkan kod elektronik yang terdapat dalam sistem kenderaan.

Setelah dinyah aktivkan kod elektronik, kunci baru kenderaan anda akan dipadankan dengan mekanisma elektronik yang baru dan ini membolehkan kereta anda dihidupkan.

Walaupun ciri-ciri keselamatan anti-kecurian pada kenderaan import telah diiktiraf, namun demo yang dipaparkan oleh penjanayah terbabit membuktikan kelompangannya sehingga ia masih mampu ditembusi.

Apa yang pasti, jika anda terlihat seseorang memegang gajet seperti di atas, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI