whatsapp untuk android hadir dengan backup ke google drive




Pihak WhatsApp kini agak bergiat aktif dalam memperkenalkan satu demi satu fungsi baru pada perkhidmatan mereka. Selepas memperkenalkan antaramuka Material Design bagi WhatsApp untuk Android pada minggu lepas, kini mereka turut mengintegrasikan satu lagi fungsi baru, membolehkan pengguna membuat salinan pendua mesej terus ke Google Drive.

Seperti semua sedia maklum, WhatsApp sebelum ini ada mengintegrasikan sokongan untuk membuat salinan pendua, tetapi ia terhad untuk simpanan dalam peranti sahaja. Ini mengakibatkan pelbagai mesej anda akan hilang begitu sahaja apabila beralih ke sebarang peranti baru.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu ke halaman tetapan, dan mengaktifkan membuat salinan pendua ke Google Drive. Anda akan diminta memberi kebenaran untuk WhatsApp mengakses Google Drive anda bagi tujuan menyimpan data pendua berkenaan.

Fungsi baru ini hadir bersama-sama dengan kemaskini terbaru WhatsApp yang dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat bermula minggu hadapan. Tetapi, seperti biasa anda masih boleh memuat-turun fail APK untuknya dan memasang sendiri pada peranti anda. Fungsi salinan pendua ke Google Drive ini dilihat hanya untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI